Buletin

HABIS DUIT TETAPI MASIH ROSAK, LELAKI BERTINDAK BAKAR KERETA

Seorang lelaki bertindak membakar kereta miliknya selepas tidak berpuas hati kerana telah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih, tetapi kenderan itu masih rosak.

Dalam video berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @abejebat5145 di laman aplikasi TikTok, lelaki tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat pada kereta itu sebelum bertindak membakar enjinnya. “Bakar kereta serabut sebab dah habis banyak sampai tak berduit,” katanya.

Susulan perkongsian itu, ramai pengguna media sosial menyelar tindakan lelaki itu yang bertindak membakar kereta di kawasan perumahan.

“Apa bendalah bakar depan rumah, elok bakar sahaja rumah sekali sebab menyusahkan awak bayar bil,” jelas @Kualiffqayyum.

“Daripada membazir bakar kereta, lebih jual dekat bengkel spare part (alat ganti) dapat juga duit, ini membazir buta-buta sahaja,” ujar @Haziqromli.

“Awak nak bakar kereta ke nak bakar apa-apa sahajalah, pergi bakar dekat tempat lain jangan sesuka hati main bakar dekat kawasan perumahan,” kata @Komengdarjat.

Tinjuan di ruang komen mendapati lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan mungkin disebabkan itu dia bertindak membakar kereta berkenaan. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button