Buletin

HOOLIGAN BOLA SEPAK BAKAR KERETA PENGADIL SELEPAS ADILI PERLAWANAN. TAK PUAS HATI PUNYA PASAL

Seorang pengadil Liga Premier Bosnia, Sabrija Topalovic bersama dua lagi pegawai sempat menyelamatkan diri selepas kereta dinaiki mereka dibakar hooligan bola sepak ketika dalam perjalanan pulang daripada mengadili perlawanan.

Topalovic mengadili perlawanan Liga Premier antara Velez Mostar dan Borac Banja Luka pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, dalam perlawanan berkenaan, penyokong tuan rumah, Mostar yang tewas dengan jaringan 2-0 telah memasuki padang menunjukkan tanda protes terhadap keputusan pegawai perlawanan.

Keadaan dilaporkan semakin buruk apabila Topalovic yang dalam perlawanan pulang ke Sarajevo bersama dua lagi pegawai perlawanan ditahan oleh empat lelaki di terowong.

Menurut laporan media tempatan, samseng berkenaan mula memecahkan dan membakar kenderaan rasmi Topalovic.

Bagaimanapun, Topalovic bersama dua lagi pegawai berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan jenis Mercedes itu mula terbakar.

Seorang mangsa yang merupakan pembantu pengadil menerima rawatan di hospital berdekatan manakala kenderaan tersebut musnah sepenuhnya.

Jurucakap Polis Mostar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengenal pasti suspek kejadian. – TheSun

Google ads
Back to top button