Motosikal

BIARPUN DIKECAM, YAMAHA RX-Z NOS BIRU BERJAYA DIJUAL PADA HARGA RM60K

Sejak kebelakangan ini, motosikal Yamaha RXZ dan 125ZR meyaksikan lonjakan harga yang tidak masuk akal. Ini kerana ia bukanlah model ‘rare’ dan dijual dalam jumlah puluhan ribu unit. 

Namun, situasi itu tidak pernah memadamkan minat pembeli untuk membeli Yamaha RXZ yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an. Walaupun sudah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2011, jentera berkenaan masih mempunyai peminat yang ramai sehingga kini.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklan untuk menjual sebuah Yamaha RXZ dalam keadaan 90 peratus New Old Stock (NOS) pada harga RM62,000. Dia juga menawarkan pembelian secara combo yang merangkumi sebuah topi keledar jenama Bell berwarna oren pada harga RM65,000. Sekali gus menjadikan harga kedua-dua barang itu mencecah RM122,000.

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat dua roda. Tanpa menunggu lama, post berkenaan mengundang kecaman berjemaan berikutan harga yang melampau.

Biarpun dikecam,  mendapat kecaman ramai, pemiliknya berjaya menjual motosikal Yamaha RXZ itu pada harga RM60,000 kepada seorang pembeli dari Kedah selepas tidak sampai 24 jam diiklankan di Facebook. 

Jelas pemilik asal motosikal tersebut, Joe Shaari berkata, seorang pembeli dari Kedah telah membeli motosikalnya pada harga RM60,000 baru-baru ini.

“Alhamdulillah, rezeki Allah luas, jangan kita kecilkan, RXZ biru bohjan telah terjual pada harga RM60,000 oleh seorang pemberani dari Kedah.

“Terima kasih kepada semua yang kongsi pos saya, yang kecam tu kita relaks-relaks saja sebab mereka lah yang mempromosikan pos saya,” jelasnya – K! ONLINE

Google ads
Back to top button