Motosikal

MUNGKIR JANJI BAYAR HUTANG KAKAK, WANITA BAKAR MOTOSIKAL BEKAS SUAMI

Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa membakar enam motosikal, termasuk motosikal milik bekas suaminya di sebuah tempat letak kenderaan di Bangkok, Thailand. 

Menurut laporan Nation Thailand, wanita itu pada mulanya didakwa membakar motosikal bekas suaminya pada Isnin lalu, sebelum api merebak dan membakar lima lagi motosikal yang diparkir berhampiran.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu melarikan diri dengan menaiki sebuah teksi selepas membakar motosikal bekas suaminya. Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di Universiti Srinakharinwirot.

Susulan kejadian itu, pemilik motosikal berkenaan membuat laporan polis dan mengesyaki bekas isterinya menjadi dalang kejadian.

Pasangan itu bercerai sejak tiga bulan lalu dan mangsa percaya bekas isterinya berdendam susulan perceraian tersebut. 

Menurut polis, wanita berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa di sini dan sempat bersembunyi di dalam almari pakaian.

Wanita itu mengakui kesalahannya. Dia memberitahu tindakan membakar motosikal bekas suaminya adalah kerana lelaki itu mungkir janji untuk menjual kenderaan tersebut bagi membantu melangsaikan hutang kakaknya. РUtusan Malaysia 

Google ads
Back to top button