Buletin

HAFIZH UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMINAT. PERLU BERTONGKAT

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang mendoakan kesihatannya selepas terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring.

Melalui pesanan di Instagram, Hafizh Syahrin memberitahu dia perlu memakai tongkat kerana kakinya masih belum mempunyai tenaga akibat kemalangan itu.

Bagaimanapun, pelumba pasukan Aspar itu menambah dia akan melakukan yang terbaik dalam proses pemulihan pada minggu ini.

“Saya harap dapat sembuh dengan kadar segera dan dapat kembali beraksi dalam perlumbaan.

“Terima kasih kerana memberi sokongan dan mendoakan saya,” tambahnya lagi.

https://www.instagram.com/p/CD-6lTpJRld/

Dalam kejadian itu, Hafizh Syahrin yang sedang memecut telah merempuh motosikal pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini yang berada di tengah-tengah trek.

 Pelumba Itali berkenaan sebelum itu hilang kawalan di selekoh pertama dan terjatuh, kemudian berjaya berlari ke tepi trek bagi menyelamatkan diri dengan meninggalkan jenteranya di trek itu.

Pada perlumbaan berkenaan, Spaniard Jorge Martin daripada Red Bull KTM Ajo, meraih kemenangan sulung dalam Moto2 selepas mencatat masa 19 minit 24.723 saat dalam 13 pusingan.

Pelumba SKY Racing Team VR46, Luca Marini dan pelumba Jerman Marcel Schrotter daripada Liqui Moly Intact GP masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan 2.195 saat dan 4.782 saat di belakang Jorge.

Google ads
Back to top button