
HAFIZH SYAHRIN SASAR 10 TERBAIK SETIAP PERLUMBAAN WSBK
Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyasarkan 10 posisi terbaik dalam penampilan sulung Kejuaraan Superbike Dunis (WSBK) 2022.
Dia memberitahu tidak berasa tertekan dalam penampilan sulung WSBK.
“Ia sangat mengujakan. Tiada tekanan tetapi saya merupakan pelumba pertama Malaysia yang bersaing dalam MotoGp dua tahun lalu.
“Saya akan memberikan yang terbaik malah ingin meletakkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam semua perlumbaan kelak,” katanya.
Hafizh menambah dia mengenali beberapa pencabar dalam saingan termasuk Andrea Locatelli, Alvaro Baustista dan beberapa lagi yang pernah beraksi di MotoGP sebelum ke WorldSBK.
Dia memberitahu berhubung pencabar baharu, sudah pasti ingin mempelajari sesuatu daripada Toprak Razgatlıoglu dan Jonathan Rea.
“Toprak merupakan pelumba muda dan sangat pantas manakala Rea adalah legenda di WorldSBK.
“Ia satu cabaran besar buat saya tetapi akan cuba memberikan yang terbaik. Pengalaman saya di MotoGP, sudah tentu saya akan gunakan di WorldSBK,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.
Hafizh akan mewakili pasukan MIE Racing Honda Team menggunakan jentera CBR1000RR-R dan bergandingan bersama pelumba Argentina, Leandro Mercado. – visordown