Buletin

HARGA EV TERPAKAI TERUS MELAMBUNG, NAIK 54.3% BERBANDING TAHUN LALU

Akibat pandemik COVID-19, isu rantaian bekalan global menyebabkan cip mikro dan alat ganti automotif berkaitan sukar diperolehi, sekali gus memberi kesan kepada harga kereta terpakai yang kini masih lagi tinggi.

Menurut laporan iSeeCars, harga kereta terpakai secara keseluruhannya mula mendatar pada separuh kedua 2022, tetapi harga kereta elektrik terus meningkat. Pada Julai 2022, harga purata EV adalah 54.3 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu. Sementara kereta terpakai dengan enjin konvensional pula meningkat kira-kira 10 peratus.

Menjelang awal tahun 2022, harga kereta terpakai meningkat hampir 37 peratus berbanding pada Januari 2021. Sedangkan harga EV naik 54.1 peratus. Jelas sekali, harga kereta terpakai biasa semakin turun, tetapi harga EV terpakai kekal pada purata harga yang tinggi.

“Sehingga baru-baru ini, kenderaan elektrik arus perdana lazimnya susut nilai dengan cepat disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi bateri dan kekurangan permintaan di pasaran sekunder.

“Walau bagaimanapun, harga minyak yang melambung tinggi, penambahbaikan dalam infrastruktur pengecasan awam dan kekurangan inventori untuk EV baharu telah menyebabkan permintaan EV terpakai kian yang meningkat,” jelas Penganalisis Eksekutif iSeeCars, Karl Brauer.

Kini orang ramai perlu membayar lebih untuk beberapa model terpakai berbanding harga kereta baharu. Harga minyak yang tinggi sudah pasti memainkan peranan.

Nissan Leaf menunjukkan kenaikan harga di pasaran terpakai. Menariknya, sebelum ini Leaf mempunyai reputasi susut nilai yang ketara. Ia merupakan salah satu EV termurah yang boleh perolehi di pasaran terpakai. Chevrolet Bolt pula menduduki tempat kedua berdasarkan peratusan kenaikan harga purata.

Tidak menghairankan, keempat-empat model Tesla mendapat tempat dalam 10 teratas iSeeCars. Model S menunjukkan peningkatan terbesar. Semua model Tesla yang lain menyaksikan peningkatan kurang 20 peratus dengan kenaikan harga Model Y adalah yang paling rendah dalam kalangan model Tesla terpakai.

Google ads
"
"
Back to top button