Buletin

HARGA KERETA EV TERPAKAI JATUH KETARA, TURUN 33.7 PERATUS

Sejak Oktober 2023, harga purata bagi kenderaan terpakai berusia satu hingga lima tahun turun sebanyak 5.1 peratus di seluruh pasaran berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Penurunan harga kereta terpakai termasuklah untuk kenderaan elektrik (EV), menurun 33.7 peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan iSeeCars, lima kenderaan elektrik terpakai dengan nilai jatuh begitu ketara termasuklah Nissan Leaf, Tesla Model 3, Chevrolet Bolt, Tesla Model X serta Tesla Model S.

Nilai kenderaan di atas telah jatuh antara 24.7 hingga 30.6 peratus, dan kehadiran beberapa model Tesla tidak mengejutkan.

Selain menerajui pasaran EV di Amerika, pembuat kereta itu sentiasa menurunkan harga kenderaan baharunya tahun ini, ia sekaligus membuatkan harga model terpakainya turut menurun.

Walaupun penurunan harga EV terpakai adalah ketara, harga puratanya masih lebih tinggi berbanding kenderaan terpakai secara amnya.

EV terpakai biasa dijual pada harga AS$34,994 (RM163,526) pada Oktober 2023, sementara purata bagi semua kenderaan terpakai ialah AS$30,972 (RM144,732).

Sebagai perbandingan, pada Oktober 2022, purata kenderaan terpakai dijual pada harga AS$32,627 (RM152,465) manakala EV terpakai adalah 62 peratus lebih tinggi, iaitu AS$52,821 (RM246,832).

Walaupun harga untuk EV jatuh, harga bagi model hibrid menyusut dengan lebih perlahan, hanya jatuh sebanyak 9.6 peratus sejak 2022.

Tambah iSeeCars, sama ada harga untuk segmen hibrid telah mencapai tahap terendah masih belum dapat dipastikan.

Google ads
Back to top button