
PASARAN AS MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK PERALIHAN EV SECARA BESAR-BESARAN – BOS TOYOTA
Naib Presiden Eksekutif Jualan Toyota Motor North America, Jack Hollis mengatakan bahawa permintaan pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) secara besar-besaran di Amerika Syarikat masih belum mencukupi.
Berucap semasa webinar yang dihoskan oleh Persatuan Media Automotif, Hollis memberitahu EV masih terlalu mahal dan infrastruktur pengecasan tidak bersedia untuk diterima pakai secara massa.
Walaupun Toyota meneroka pasaran EV dengan bZ4X, serta beberapa model akan datang, ia telah dikritik kerana menolak larangan ICE dan penggunaan meluas kenderaan elektrik.

Angka jualan kereta baharu di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa EV menyumbang 5.2 peratus daripada jualan pada separuh pertama tahun ini, peningkatan dramatik daripada 2.5 peratus pada 2021. Tambahan pula, pentadbiran Biden mempunyai matlamat 50 peratus jualan kenderaan baharu di AS ialah EV menjelang 2030.
Hollis menjelaskan Toyota sudah 25 tahun memperkenalkan teknologi hibrid ke pasaran. Pada pada masa itu, hibrid hanya menyumbang kurang 10 peratus daripada jualan kenderaan baharu di AS.
“Hibrid mengambil masa 25 tahun untuk mencapai kurang daripada 10 peratus perkongsian pasaran dengan dengan sumber yang tersedia.
“Apabila anda mula memaksa pengguna ke dalam perkara yang mereka tidak bersedia, beberapa kesan lain akan berlaku,” kata Hollis sambil menambah pelanggan tidak menuntut EV dalam jumlah seperti yang diharapkan oleh kerajaan.