
TESLA CYBERTRUCK SECARA RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, JARAK GERAK 708KM, HARGA BERMULA RM285K
Tesla Cybertruck akhirnya dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dengan menawarkan tiga varian; Rear-Wheel Drive, All-Wheel Drive dan Cyberbeast.
Meskipun reka bentuknya sempat menjadi perhatian, Cybertruck bagaimanapun antara model yang ditunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran.
Dari segi dimensi, ia berukuran 5,682mm (panjang), 2,413mm (lebar), 1,790mm (tinggi) dan 3,810mm (jarak roda).
Sementara, bahagian bed pula berukuran 1,829mm panjang, 1,219mm lebar manakala ruang storan mempunyai kapasiti 1,897 liter.

Antara perincian menarik Tesla Cybertruck ini adalah seperti kalis peluru kerana badan Cybertruck diperbuat daripada exoskeleton dengan panel keluli tahan karat, menggunakan sistem steer-by-wire, kawalan stereng roda belakang serta pemvektoran tork.
Selain itu, turut ditawarkan adalah aksesori untuk varian AWD dan Cyberbeast seperti bar lampu LED 50-inci, suar spatbor gentian karbon, panel rocker keluli karbon serta perisai bawah badan.
Secara mekanikal, Tesla Cybertruck varian Rear-Wheel Drive menawarkan jarak gerak 402km dan mempunyai daya pecutan 0-96km/j dalam 6.5 saat tetapi angka kuasa varian ini tidak didedahkan.
Bagi varian Varian All-Wheel Drive, ia dijana oleh motor elektrik berkembar, menghamburkan 608PS dan 10,080Nm.
Daya pecutan 0-96 km/j untuk varian ini adalah dalam 4.1 saat dan menawarkan jarak gerak 547km atau 756km dengan range extender.
Cyberbeast pula dilengkapi tiga motor elektrik iaitu satu pada gandar hadapan dan dua pada gandar belakang.
Berupaya menghasilkan 857PS dan tork 13,959Nm, ia menawarkan jarak gerak 515km atau 708km menerusi range extender.
Cyberbeast hanya memerlukan 2.6 saat untuk mencapai kelajuan 96 km/j sementara had kelajuan pula dihadkan pada 209 km/j.
Untuk rekod, range extender atau bateri pak tambahan sebesar kotak alat itu diletakkan pada bahagian belakang trak.
Untuk harga, Tesla Cybertruck diberikan tanda harga seperti berikut:
- Varian RWD: USD60,990 (RM285,036)
- Varian AWD: USD79,990 (RM373,833)
- Cyberbeast: USD99,990 (RM467,303)
GALERI:




- BACA: PESAING TESLA, XIAOMI SU7 BAKAL MUNCUL DENGAN TIGA VARIAN, JANA 664HP
- BACA: TESLA MALAYSIA MULA SERAH TESLA MODEL 3 KEPADA PELANGGAN
- BACA: TOYOTA PERKENAL KAEDAH PEMASANGAN YANG SAMA DIGUNAKAN OLEH TESLA
- BACA: TESLA SEDIA MELABUR RM23.4 BILION DI THAILAND – GOOGLE, MICROSOFT TURUT TUNJUK MINAT