Motosikal

GILERA SAH HIDUPKAN SEMULA APRILIA SHIVER 900

Gilera sememangnya pernah menjadi nama besar di arena motosikal namun semakin dilupakan masa kini.  Meskipun syarikat bersama seperti Aprilia dan Moto Guzzi kembali meningkat naik namun Gilera semakin dilupakan. 

Bagaimanapun, jenama terkemuka dari Itali itu dilihat mahu kembali ke pasaran global dengan membariskan beberapa model baharu hasil kerjasama dengan pengeluar China, Zongshen Piaggio Foshan. 

Maklumat mengenai model baharu Gilera itu mula diterbitkan pada Mac 2022 yang mendedahkan sebuah motosikal yang dijenamakan semula dari Aprilia dengan enjin V-Twin 896cc. 

Enjin tersebut merupakan yang sama terdapat pada model Aprilia yang telah pun dihentikan pengeluaran iaitu Shiver 900 dan Dorsoduro 900. 

Mundar laju ke Disember 2023, pendaftaran rekaan terbaru mendedahkan rupa model Gilera itu yang jelas mirip Aprilia Shiver 900 sekaligus memberi bayangan bahawa motosikal ‘naked’ akan kembali ke pasaran tidak lama lagi dibawah jenama Gilera. 

Menariknya, rekaan terbaru yang didaftarkan itu menampilkan sedikit kelainan berbanding Shiver 900 sedia ada antaranya reka bentuk lampu depan dan panel sisi. Bagaimanapun, aspek lain termasuk kerangka, ekzos, swingarm, fork dan brek masih sama. 

Sementara itu, kami jangkakan model baharu ini juga akan menawarkan angka kuasa sama seperti Shiver 900 iaitu sekitar 95hp dan 90Nm.

Apa yang pasti dengan pembuatan dilakukan di China oleh Zongshen, kami juga menjangkakan harga yang lebih rendah berbanding Shiver 900. 

Google ads
Back to top button