MODEL PHEV, REEV TERUS BERKEMBANG, MENINGKAT 72 PERATUS – EV HANYA CATAT 3.5 JUTA UNIT SAHAJA
Statistik baru-baru ini menunjukkan bahawa perkembangan model PHEV (plug-in hybrid) dan REEV (extended range hybrid) di pasaran China tahun ini mencapai 72 peratus dan 157 peratus dalam tempoh yang sama.
Tetapi, apa yang menarik perhatian dari pasaran terbesar untuk kenderaan elektrik (EV) ialah jualan EV hanya meningkat kira-kira 14 peratus sahaja.
Walaupun kenderaan elektrik mempunyai prestasi cemerlang pada 2022, PHEV dan REEV nampaknya telah menjadi pilihan pengguna.
Mengikut statistik, berbanding tempoh yang sama pada 2022, jualan kenderaan PHEV meningkat sebanyak 72 peratus dari Januari hingga September 2023, berbanding 798,164 kenderaan tahun lepas kepada 1,370,324 kenderaan.
Bagi extended range hybrid, jualan telah meningkat daripada 153,925 kepada 395,390, peningkatan sebanyak 157 peratus.
Sementara itu, kenderaan elektrik menunjukkan prestasi sebaliknya, mengalami pertumbuhan begitu perlahan, sekitar 14 peratus sahaja, daripada 3,076,827 kepada 3,503,366 unit.
Penerimaan pengguna kepada PHEV atau REEV sebenarnya boleh dijangka kerana ia pada asasnya masih perlu dicas dan mengisi minyak, tetapi melalui kaedah operasi berbeza.
Pada masa ini, kerajaan China sedang giat mempromosikan industri kenderaan elektrik walaupun dihalang oleh faktor infrastruktur dan harga. – Automachi