Artikel Pilihan

INILAH SEBAB UTAMA KENAPA PIHAK TENTERA BELUM BERMINAT DENGAN REVOLUSI EV – BUAT MASA SEKARANG

EV memang sudah menjadi topic utama dalam dunia automotif dan enjin ICE mungkin akan menjadi burung Dodo seterusnya dalam sejarah kehidupan manusia (kami harap sebaliknya). Satu hari nanti mungkin semua kenderaan seperti kereta, motosikal dan bas akan menghasilkan bunyi seperti mesin jahit ibu korang kat kampung. Ooo naya weh.

Tapi nampaknya masih ada benteng pertahanan terakhir untuk kenderaan ICE di seluruh dunia sekurang-kurangnya untuk masa sekarang. Mereka adalah angkatan tentera di seluruh dunia lebih-lebih lagi angkatan tentera Amerika Syarikat sendiri. Buat masa sekarang kenderaan EV masih tidak sesuai digunakan untuk tugas-tugas ketenteraan dan rasaya anda semua boleh agak kenapa?

Bahan api yang digunakan oleh angkatan tentera memang besar tuan-tuan tak kiralah sama ada petrol ataupun disel. Itu belum termasuk bahan api untuk kegunaan pesawat dan kesemuanya diperlukan dalam kuantiti yang sangat besar. Ingat kenderaan tempur tidak menggunakan enjin jimat minyak macam Bezza cikgu pencen sebelah rumah korang.

Tentera AS contohnya mempunyai 120,000 unit kenderaan Humvee, 25,000 kenderaan pembersih periuk api, 6,300 unit kereta kebal, 5,200 pesawat terbang dan entah berapa ribu unit helicopter. Itu baru anggaran kasar dan kesemuanya memerlukan bahan api untuk beroperasi dengan efisyen.

Walaupun mereka memerlukan bekalan bahan api yang banyak, pemimpin tentera si seluruh dunia tidak kalut dan panik macam kita semua yang sibuk berangan nak pakai kenderaan EV walaupun tak mampu. Tak ada pulak mereka arahkan anggota bawahan supaya mengeluarkan enjin disel dari perut kereta kebal dan digantikan dengan motor elektrik.

Kenapa? Sebab sebenarnya trenkuasa EV ini masih belum sesuai digunakan dalam sektor ketenteraan. Keadaan medan perang yang sudah cukup mencabar dengan bukit-bukau, lumpur, sungai sudah cukup mencabar untuk kenderaan ICE inikan pula untuk kenderaan EV. Korang nak ke berada dalam kereta kebal EV yang kehabisan tenaga dalam medan perang? Naya weh kena macam tu.

Itu belum campur dengan pertempuran di kawasan sejuk dan bersalji. Cubalah cas barisan kenderaan EV dalam satu malam di musim salji untuk kegunaan esok pagi tengok macam mana hasilnya. Ingat peperangan mementingkan kesiapsiagaan pasukan tentera. Mana boleh tangguh-tangguh sebab nak tunggu cas penuh dulu.

Memang ada beberapa prototaip untuk kegunaan tentera dibangunkan oleh AM General, GM Defence dan Oshkosh untuk kegunaan peperangan zaman moden tapi ia masih kekal sebagai konsep dan masih belum mencapai tahap yang diperlukan untuk menggantikan barisan model ICE yang ada sekarang.

Kalau nak dikatakan jimat tenaga dan boleh dicas semula rasanya tak juga. Ia masih memerlukan generator untuk mengecas semula kenderaan-kenderaan EV ni dan generator tu sendiri pun masih menggunakan bahan api fosil.

Jadi atas sebab-sebab yang disebutkan di atas, nyata sekali yang EV ni masih belum sesuai untuk kegunaan ketenteraan khususnya untuk kenderaan tugas berat mereka. Kalau setakat dron dan forklift tu mungkin ok lagi. Tapi kalau pesawat pejuang supersonik, besar mana bateri yang perlu dipasang? Terlebih pasang jadi erat pula.

Google ads
Back to top button