Buletin

TOYOTA BAKAL JUAL SAHAM DENSO, TAMPUNG KOS PEMBINAAN EV

Toyota dan dua syarikat gabungannya dikatakan bakal menjual menjual kira-kira AS$4.7 bilion (RM21.8 bilion) dalam saham pembekal alat ganti automotif, Denso.

Walau bagaimanapun, di sebalik perdagangan, pembuat kereta itu dijangka kekal sebagai pemegang kepentingan terbesar firma itu.

Secara keseluruhan, jualan akan berjumlah kira-kira 10 peratus daripada Denso, dengan kira-kira separuh dijangka datang dari Toyota.

Sementara itu, anak syarikatnya, Toyota Industries dan Aisin akan menjual baki saham.

Pada masa yang sama, Denso merancang untuk membeli semula beberapa saham yang dijual untuk mengelakkan harga sahamnya daripada jatuh terlalu rendah, seperti dilaporkan oleh Reuters.

Untuk rekod, sahamnya telah jatuh sebanyak 4.9 peratus berikutan laporan awal perdagangan.

Memandangkan isu penjualan saham ini belum diumumkan secara rasmi, penjualan dalam saham Denso adalah untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektriknya termasuk penyelidikan serta pembangunan.

Selain itu, pembuat kereta itu sedang berusaha menggunakan gigapress baharu di kilangnya ntuk membangunkan EV jarak jauh dengan teknologi eksotik, seperti bateri keadaan pepejal.

Tambahan, Toyota turut merancang terus konsisten menghasilkan kenderaan hibrid dan hidrogen untuk masa hadapan.

Google ads
Back to top button