Buletin

HARLEY-DAVIDSON PERKENAL CVOTM STREET GLIDE DAN ROAD GLIDE BAHARU

Sejak 1999, Harley-Davidson Custom Vehicle OperationsTM Motorcycles (CVOTM) telah menjadi aspirasi untuk koleksi motosikal keluaran terhad yang memberikan penggayaan, reka bentuk serta prestasi terbaik bagi jenama itu.  

Kini, pereka Harley-Davidson bersama juruteranya mengembangkan lagi motosikal ini dengan perincian lebih menarik termasuk memperkenalkan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pengalaman menunggang.

Harley-Davidson mengumumkan dua motosikal CVO 2023 baharu di mana ia mendapat reka bentuk visual baharu, teknologi canggih dan prestasi dinamik.

Harley-Davidson CVOTM Street Glide® serba baharu menawarkan penggayaan terkini termasuk kemasan grafik. Sementara fairing baharu disepadukan bersama tangki bahan api, penutup sisi serta beg pelana.

Bagi model Harley-Davidson CVOTM Road Glide® pula, ia menerima kemas kini lebih agresif dengan padanan reka bentuk ‘sharknose’ sementara lampu depan LED tunggal mempunyai reka bentuk yang lebar dan melintang.

Untuk rekod, kedua-dua model dilengkapi enjin Milwaukee-Eight® VVT 121, suspensi, sistem infotainment selain, ditawarkan dua pilihan cat atau kemasan baharu.

Memetik kenyataan dari Harley-Davidson, butiran rasmi akan diumumkan pada 7 Jun 2023 dan untuk maklumat lanjut, layari www.h-d.com/ourfutureisreal.

Google ads
Back to top button