Motosikal

HARLEY DAVIDSON 1972 KENA REMBAT 4 TAHUN LALU. PULANG SEMULA PADA PEMILIK ASAL

Pada awal bulan ini, Miles McCarvel dari Missoula, Montana berkongsi pengalaman mengejutkan berlaku dalam hidupnya di laman sosial Facebook.

Motosikal kesayangan, Harley Davidson  yang dicuri empat tahun lalu di garaj rumhnya muncul  semula di pangkuan lelaki tersebut.

Ketika usia muda, lelaki ini banyak menghabiskan masa modifikasi motosikal tersebut.

Biarpun, ia tidak berfungsi McCarvel masih menyimpan motosikal kesayangannya.

McCarvel berkata kepada The Missoulian, kejadian kecurian berlaku ketika dia tidak berada di rumah kerana mengajar kelas mengimpal.

Apabila pulang dari kelas, salah seorang jiran terjumpa salah satu senjata api miliknya di bahagian laman rumah dan menyedari garaj dipecah masuk orang.

Banyak barangan yang hilang dalam kejadian berkenaan, termasuk senjata api, barangan berharga dan sudah tentu jentera Aermacchi Harley Davidson 350 Sprint tahun 1972.

McCarvel menganggap ia adalah takdir kerana dia tidak menggunakan motosikal tersebut.

Begitupun, dia masih patah hati apabila motosikal merah kesayangan dicuri pada waktu itu dan berharap pihak polis akan menemui semula.

Pihak polis berjaya menjejak beberapa barangan yang dicuri tetapi tidak menjumpai Aermacchi Harley Davidson 350 Sprint.

Ironiknya, motosikal yang dicuri empat tahun lalu ditemui semula di luar garaj lelaki tersebut dalam keadaan sama empat tahun lalu.

Ia masih tidak boleh berfungsi, bateri tiada dan tayar pancit malah perbatuan masih kekal sama.

McCarvel membuat laporan polis motosikal berkenaan sudah tidak dicuri lagi.

“Saya tidak mempercayai ia telah kembali semula.

“Saya rasa suspek hanya mencuri motosikal ini dan letak di satu tempat serta terpaksa melihat jentera ini setiap hari,” kata McCarvel.

Mungkin selepas jejak kasih ini, McCarvel akan membaiki semula Aermacchi Harley Davidson 350 Sprint sehingga boleh digunakan semula. – autoevolution

Google ads
Back to top button