HARLEY DAVIDSON STRAP TANK BERUSIA 114 TAHUN. DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA
Peminat jentera Harley Davidson menyifatkan Strap Tank merupakan antara model yang menjadi pilihan dan diingini mereka.
Justeru, tidak hairanlah apabila model Strap Tank sering menjadi perhatian dalam lelongan ataupun jualan secara persendirian.
Bahkan, model berkenaan mampu mencatat jualan yang agak tinggi sehingga jutaan ringgit.
Sebagai contoh, pada tahun 2015, salah sebuah daripada Strap Tank dijual pada harga AS$650,000 (RM2.6 juta) menjadikan ia antara model Harley paling mahal terjual pada lelongan.
Terbaharu, seorang pembeli sanggup membayar sebanyak AS$297,000 (RM1.2 juta) untuk memiliki Harley Davidson Strap Tank 1907 dalam lelongan di Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Ia sekali gus menjadi model paling mahal yang dijual pada acara tahun ini.
Motosikal tersebut didatangkan dari koleksi peribadi dan memiliki kaitan dengan pemilik yang membeli model sama pada tahun 2015.
Pemilik motosikal berkenaan, Ronald Moreschini telah berkolaborasi bersama pembeli Strap Tank bernilai RM2.6 juta itu, Lonnie Isam, untuk proses restorasi jentera terbabit.
Harley Davidson Strap Tank 1907 itu masih mengekalkan enjin asal malah karburator, fork, tangki, hub tayar, tempat duduk asli.
Sebelum dijual, motosikal berkenaan telah dipamerkan di Motorcycle Hall of Fame Museum untuk tatapan umum. – autoevolution.
- BACA: PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
- BACA: HARLEY DAVIDSON MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL 2021 DI PASARAN MALAYSIA
- BACA: INILAH HARLEY DAVIDSON FAT BOB KUSTOM LEGENDA MARADONA. TENGOK PUN BOLEH AGAK PEMILIKNYA
- BACA: HARLEY DAVIDSON KIBAR BENDERA PUTIH DI INDIA
GALERI: