
HARLEY-DAVIDSON DEDAH JENTERA ENJIN KECIL X350. KONGSI KOMPONEN QJMOTOR SRK350 DAN BENELLI 302S
Harley-Davidson dilihat terys mengembangkan portfolionya. Walaupun syarikat itu telah memperkenalkan motosikal baharu dalam pelbagai segmen, namun tidak ada banyak kejayaan dicapai kerana harga yang terlalu tinggi.
Itulah sebabnya platform 650cc Royal Enfield kini menjadi salah satu pilihan paling popular. Harus tahu bahawa jentera yang merupakan kembar RE 650 itu berjaya mencatat jualan tinggi di India dan pasaran luar.
Selain menawarkan kualiti dan prestasi yang baik, satu lagi sebab kejayaan RE dalam segmen 650cc adalah disebabkan harganya berpatutan.

Untuk menyesuaikan harga dengan bajet pelanggan, Harley-Davidson kini mendapatkan sumber motosikal daripada QJ Motor.
Harley-Davidson memilih enjin parallel-twin 353cc untuk model X350. Malah, kebanyakan komponen X350 diambil daripada QJMotor SRK350 dan Benelli 302S.
Sebelum QJMotor memperkenalkan enjin baharu berkapasiti 353cc, model kapasiti kecil itu terlebih dahulu diberi nama Harley-Davidson 338R.
Dari segi reka bentuk, X350 kelihatan seperti konsep 338R yang ditunjukkan pada tahun 2019.
Sebelum ini, QJMotor telah memfailkan kelulusan untuk kod nama HD350 serta menawarkan 36hp dengan berat sekitar 195kg. Sebagai perbandingan, berat SRK350 hanya 176kg.
Enjin parallel-twin 353cc itu mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 145km/j. Antara ciri lain yang didedahkan termasuklah penggunaan tayar 120/70-17 di depan dan 160/60-17 di belakang, manakala suspensinya sama seperti Benelli 302S.
Turut didedahkan ialah sebuah lagi model, Harley-Davidson X500 yang dibangunkan daripada Benelli Leoncino 500. Model X500 akan dipasarkan tidak lama lagi. – Moto Malaya
- BACA: HARLEY DAVIDSON STRAP TANK BERUSIA 114 TAHUN. DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA
- BACA: PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
- BACA: HARLEY DAVIDSON MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL 2021 DI PASARAN MALAYSIA
- BACA: INILAH HARLEY DAVIDSON FAT BOB KUSTOM LEGENDA MARADONA. TENGOK PUN BOLEH AGAK PEMILIKNYA