Buletin

HARLEY-DAVIDSON LANCAR MODEL FAST JOHNNIE 2023

Harley-Davidson baru-baru ini memperkenalkan tiga model Fast Johnnie edisi terhad yang menampilkan kemasan grafik dan cat menarik.

Setiap satu daripada tiga motosikal Fast Johnnie hadir dalam warna biru (Celestial Blue) serta perincian putih dan logo Enthusiast Motorcycle Collection.

Di bahagian tangki pula terdapat logo Fast Johnnie di sebelah kiri dan logo Bar & Shield di kanan.

Melihat lebih terperinci, model Low Rider ST diserlahkan lagi dengan kemasan belang pada bahagian fairing. Manakala Street Glide ST dan Road Glide ST mempunyai belang pada panel sisi serta hadapan fairing.

Pelanggan juga akan menerima alat ganti dan aksesori tulen dari Harley Davidson yang terdiri daripada beg pelana King Tour-Pak dan Chopped Tour-Pak.

Kepada yang berminat, anda boleh melawati H-D.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan lengkap Harley-Davidson.

Google ads
Back to top button