
HARLEY-DAVIDSON ‘HOMECOMING’ KE-120 CATAT 45,000 PENGUNJUNG
Bandar kelahiran Harley-Davidson, Milwaukee, baru-baru ini menyambut ‘Homecoming’ ke-120 tahun jenama berkenaan dengan dipenuhi orang ramai, bunyi bising serta aksi tanpa henti-henti.
Pesta itu berlangsung bermula dari Harley-Davidson Museum sehingga ke Veterans Park, di mana stadium berkapasiti 45,000 itu dipenuhi pengunjung.
Antara sorotan ‘Homecoming’ kali ini ialah dimeriahkan oleh persembahan Foo Fighters, Green Day, disokong oleh The Cult, Joan Jett dan Blackhearts, Cody Jinks serta ramai lagi.

Selain itu, tumpuan acara ini juga terarah kepada pameran jentera Harley-Davidson, termasuklah mempamerkan model langka, tersuai selain, terdapat demo tunggangan sepanjang hujung minggu tersebut.
Tidak ketinggalan, Harley-Davidson menawarkan peluang kepada peminat jenama itu untuk melihat lebih dekat kemudahan pengeluaran menerusi ‘Powertrain Operations’.
Di sana, peminat boleh merasai sendiri pengalaman serta proses ‘Jantung’ Harley-Davidson dilahirkan sebelum tiba di pasaran seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, Harley-Davidson turut mendedahkan penampilan pertama CVOTM Street Glide® 2023 baharu dan model CVOTM Road Glide®.
Dua model berkenaan dilengkapi teknologi canggih, keselesaan penunggang yang dipertingkatkan, serta menawarkan prestasi dinamik melalui enjin Milwaukee-Eight® VVT 121 baharu.
Sebagai tanda berakhirnya ‘Homecoming’ ke-120, perayaan tersebut diakhiri konvoi melalui pusat bandar Milwaukee dan berakhir di Vets Park.
Untuk rekod, Acara ‘Homecoming’ 2024 akan berlangsung dari 25-28 Julai.
- BACA: SAMBUT ULANG TAHUN KE-120, HARLEY DAVIDSON PERKENAL BARISAN MODEL MY2023. BERMULA RM99K
- BACA: HARLEY DAVIDSON STRAP TANK BERUSIA 114 TAHUN. DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA
- BACA: PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
- BACA: HARLEY DAVIDSON MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL 2021 DI PASARAN MALAYSIA








