
PENUNGGANG HARLEY MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN POLIS ARKANSAS – SEKALI JATUH TERTONGGENG DAA
Kesalahan trafik melibatkan penunggang motosikal memang banyak dilakukan. Satu masalah untuk pihak berkuasa kerana motosikal ini biasanya laju dan senang untuk mencilok dalam usaha melarikan diri dari kejaran.

Tapi bukan semua motosikal boleh melarikan diri dengan mudah bang. Tengok video mamat naik Harley ni, punyalah gigih berusaha nak mengelak dari ditahan akhirnya jatuh tertonggeng menyembah bumi.
Adegan kejar mengejar ini berlaku di bahagian barat daya Arkansas sebelum menyeberang ke sempadan Texas. Boleh disaksikan macam mana gigihnya mamat kerek ni cuba untuk lari dengan melakukan segala aksi yang dia tahu. Brek mengejut, cilok mencilok, buat nak belok tapi pergi terus. Pergh, gigih betul.
Tak cukup dengan aksi-aksi disebut tadi, beliau turut memecut sehingga 160 km/j dan pada satu ketika menunggang melawan arus. Sayangnya kelibat beliau sentiasa dalam perhatian polis sehingga seorang anggota peronda lebuhraya berjaya menghentikan suspek dengan melanggar sedikit sudut motosikal ditunggang suspek.
Hentaman pada bahagian beg sisi menyebabkan motosikal suspek hilang kawalan dan melanggar tebing jalan sebelum motosikal dan penungganya terbang ke udara. Nasib baik keduanya mendarat di atas rumput. Kalau dalam longkang tak ke naya.
Pemeriksaan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut turut membawa sepucuk pistol dan mengaku mengambil dadah sebelum kejadian. Ooo tengah khayal la ni kononnya. Tapi bawak motor macam steady je.
Lain kali sedarlah diri sikit, awak tu bawak Harley, bukannya motosikal trail.