
DENZA N7 TERIMA 10,569 PRAPESANAN DALAM TEMPOH TUJUH HARI
Denza, jenama NEV yang dimiliki bersama oleh BYD dan Mercedes, baru-baru ini mengumumkan bahawa SUV elektrik Denza N7 telah menerima 10,569 prapesanan.
Denza N7 memulakan prapesanan pada 18 April lalu di Shanghai Auto Show dan menerima 5,367 dalam 6 jam pertama pada harga AS$50,500 – AS$65,000 (RM225,280 – RM289,965).
Syarikat itu berkata mereka menjangkakan mendapat 30,000 prapesanan sebelum penghantaran bermula pada Q2.

N7 bakal dilancarkan pada bulan Jun tahun ini, dan Denza berharap dapat menjual sekitar 10,000 unit setiap bulan.
Untuk rekod, Denza menghantar lebih 10,391 kenderaan pada Mac, meningkat 42 peratus berbanding catatan bulan Februari, 7,325.
Denza N7 ialah SUV bersaiz sederhana dengan dimensi 4860/1935/1602mm dan jarak roda 2940mm. Bagi berat kasar pula, ia terletak dalam julat 2,655 hingga 2,815kg.
N7 datang dalam dua konfigurasi iaitu model pacuan dua roda dan empat roda. Varian pacuan dua roda disertakan dengan bateri 91.392 kWj, menawarkan jarak gerak 702km (CLTC).
Versi pacuan empat roda turut dipasangkan bateri yang sama, tetapi mempunyai jarak gerak jarak 630km (CLTC).
Bagi rangkaian kuasa pula, Denza N7 peringkat permulaan dengan motor elektrik tunggal akan menghasilkan kuasa 313hp, manakala tahap trim atas dengan dua motor elektrik berupaya menghamburkan kuasa gabungan 530hp.
- BACA: BIMS 2023: BYD PERKENAL MPV ULTRA MEWAH DENZA D9. LEBIH BESAR DARIPADA ALPHARD, 600KM SEKALI CAJ
- BACA: BYD PERKENAL DENZA N7 DI CHINA – REKAAN MACAM PORSCHE CAYENNE COUPE, HARGA MASIH MISTERI
- BACA: PESAING ALPHARD, BYD DENZA D9 DILANCARKAN DI CHINA. HARGA BERMULA RM220K
- BACA: DAIMLER PERKENAL DENZA 500, KERETA ELEKTRIK YANG MAMPU BERGERAK SEHINGGA 500KM


