Buletin

HELIKOPTER BAWA ORGAN PENDERMA TERBABAS ATAS HOSPITAL. PEGAWAI PERUBATAN JATUHKAN PULA ORGAN TU!!!

Sebuah helikopter yang menghantar jantung penderma terhempas di atas helipad hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Drama kejadian kira-kira pukul 3.15 petang tidak terhenti di situ sahaja, ia berikutan organ yang diselamatkan dalam nahas penerbangan dijatuhkan pula pegawai perubatan sebelum pemindahan dilakukan dengan berjaya.  

Dalam rakaman video amatur pada Jumaat lalu, helikopter perubatan lapan penumpang itu, berpusing ketika juruterbang hendak melakukan pendaratan di helipad Hospital Keck, Boyle Heights terbabit.

Helikopter AgustaWestland AW109 itu berpusing terlebih dahulu dan terbabas di bahagian sisi bangunan hospital.

Bagaimanapun, kesemua tiga orang di dalam helikopter selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Pegawai hospital berkata tiada orang mengalami sebarang kecederaan di dalam atau kawasan sekitar premis hospital.

Menurut laporan KTLA-TV,  orang yang lalu-lalang di luar premis berlari menyelamatkan diri daripada serpihan helikopter.

Rakaman video turut menunjukkan para penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan organ di dalam helikopter itu dengan menggunakan peralatan hidraulik.

Mereka berjaya menyerahkan organ kepada pegawai perubatan sebelum dia tersadung pada plat logam sekali gus menyebabkan jantung terjatuh.

Begitupun, tiada kerosakan dilaporkan pada organ terbabit dan pemindahan dapat dilakukan dengan selamat. –agensi

Google ads
Back to top button