Artikel Pilihan

RECARO TELAH DISELAMATKAN DARI BANKRAP – PANJANG LAGI UMUR

Recaro Automotive GmbH terselamat dari bankrap. Penyelamatnya ialah sebuah syarikat Itali bernama Proma Group yang telah menandatangani perjanjian untuk melabur modal sekaligus menyelamatkan masa depan Recaro. Peralihan kuasa sudah bermula namun Proma masih akan mengekalkan sejumlah pekerja asal untuk memastikan kelancaran operasi tidak terjejas.

Produk Recaro boleh didapati semula di pasaran bermula awal tahun hadapan apabila produksi OEM akan bermula di Itali dengan model tempat duduk baharu. Syarikat pembuat tempat duduk Jerman itu memfailkan bankrapsi penghujung Julai lepas kerana masalah kewangan.

Menurut Luca Pino, CEO Proma Group, pelaburan mereka dalam Recaro Automotive akan meningkatkan lagi kemampuan mereka dalam pembuatan tempat duduk premium. Mereka juga bakal mendapat manafaat teknologi dan inovasi terkini dalam sektor automotif.

Proma Group sebelum ini dikenali sebagai pengeluar pelbagai komponen automotif antaranya ialah struktur tempat duduk, pemasangan badan dan suspense. Mereka mempunyai hampir 5,000 pekerja yang bekerja di 25 kilang pembuatan di tiga benua. Operasi Recaro di AS dan Jepun kini diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Sebenarnya bukan hanya Recaro yang terjejas dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Namun ternyata Recaro masih dikira bernasib baik kerana ada pihak yang tampil memberikan bantuan kerana menyedari potensi syarikat ini yang cukup baik.

Kalau ada duit abang pun sanggup beli Recaro ni dik. Tapi itulah, duit dalam poket ni nak beli Recaro half-cut pun tak lepas.

Google ads
Back to top button