Buletin

BERTEMBUNG DI UDARA, HELIKOPTER TERHEMPAS BERHAMPIRAN TAMAN MELAWATI

Dua buah helikopter bertembung di udara menyebabkannya ia terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Insiden itu disahkan oleh  Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis. Pihak bomba kini sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa daripada bangkai helikopter berkenaan. 

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan di mana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.

Harian Metro bagaimanapun melaporkan dua mangsa maut.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam. Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi. – – Astro Awani, Harian Metro

Google ads
Back to top button