Buletin

TOM CRUISE MAKAN LUNCH NAIK HELIKOPTER. UNTUNGLAH TAK PAYAH REDAH TRAFIK JAM

Bila nama kau, Tom Cruise, memandu dari satu tempat ke tempat lain bukanlah pilihan disebabkan beberapa faktor. Anda boleh ‘terbang’ ke mana sahaja asalkan memiliki nama Tom Cruise.

Ini yang dilakukan bintang ternama Hollywood ketika memenuhi janji temu makan tengah hari di kelab golf berdekatan London, Britain.

Pelakon berusia 58 tahun ini berada di Britain untuk menyambung penggambaran francais filem Mission Impossible yang tergendala selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19.

Bahkan, dia merupakan antara selebriti dunia yang menarik perhatian walaupun tergolong dalam artis tidak gemar mendapat liputan media selain membabitkan kerja-kerja lakonan.

Berikutan itu, kelibat artis yang jarang menunjukkan diri dalam khalayak umum ini meraih perhatian media apabila muncul mengendali sebuah helikopter.

Menurut Daily Mail, kejadian berlaku pada hujung minggu lalu, hero filem Top Gun ini mendarat menaiki helikopter di sebidang rumput berdekatan bangunan Kelab Golf Richmond, London. Kemunculan pelakon tersebut menimbulkan suasana ‘kelam kabut’ di kawasan berkenaan.

Laporan turut mendakwa Tom Cruise mengendalikan sendiri helikopter dengan melakukan pendaratan dan penerbangan.

Jika benar, ia bukan kali pertama dilakukan kerana dia merupakan juruterbang bertauliah dengan memiliki pengalaman penerbangan selama berjam-jam.

Helikopter digunakan adalah Eurocopter AS 350 B3 mampu menampung sehingga enam orang penumpang.

Pada awal bulan lalu, Tom Cruise diberi kebenaran khas oleh kerajaan Britain untuk menyambung semula penggambaran Mission Impossible 7 (MI7).

Tom Cruise yang memainkan watak Ethan Hunt dijangka akan mengendali helikopter dan menunggang motorcross pada francais terbaharu ini. – agensi

Google ads
Back to top button