Buletin

HONDA BAKAL HENTI PRODUKSI CLARITY. TUTUP KILANG SAYAMA TAHUN DEPAN

Honda akan memberhentikan produksi model Clarity pada tahun ini dalam usaha mengecilkan segmen model-model yang tidak menunjukkan prestasi memberansangkan dalam pasaran.

Pengeluar Jepun itu turut mengambil keputusan menghentikan pembikinan model Legend dan Odyssey.

Ia berikutan Honda akan memberi tumpuan kepada pengeluaran jentera elektrik sekali gus menyasarkan menjual kenderaan sifar emisi menjelang tahun 2040.

Selain itu, kilang Sayama berdekatan Tokyo yang menjadi lokasi pembikinan Clarity, Legend dan Odyssey akan berdepan penutupan pada bulan Mac tahun hadapan.

Model Clarity terjual sebanyak 1,900 unit sahaja di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 2016.

Penjualan model Clarity plug-in hybrid (PHEV) yang menjengah pasaran pada 2018 turut akan dihentikan pengeluar Jepun tersebut. –nikkei/motor1

Google ads
Back to top button