Artikel PilihanBuletin

HONDA CIVIC, KENAPA ADA REKAAN CUN DAN KURANG CUN?

Honda sebenarnya bermula dengan membina motosikal sebagai pemain industri permotoran Jepun. Bila Honda hasilkan kereta, mereka bereksperimen dengan model Honda N360 dan disusuli dengan Honda N600. Kereta ini ok untuk pasaran Jepun, tapi bila di US ia kurang berjaya sebab tiada keperluan pasaran bagi sebuah Kei Car di US

Honda N600 digantikan dengan Honda Civic di US dengan enjin 600cc digantikan dengan enjin EB1 1169cc 4 silinder. Pun begitu, penerimaan pasaran masih lagi perlahan pada model Civic. Sebenarnya pada tahun 1973 berlaku satu peristiwa besar di dunia, bukan di US tapi di dunia arab. Perang Yom Kippur berlaku di antara Mesir dan Israel.

Gen 1

Kesan daripada perang ini ialah embargo daripada OPEC pada negara yang menyokong Israel ketika perang berlaku. Kalau dah minyak mentah tak ada, bekalan petrol terputus dan peristiwa ini mencetus krisis tenaga pada tahun 1973. Salah satu kesan ialah, kereta Amerika yang berenjin besar susah nak bergerak disebabkan catuan bekalan petrol

Krisis tenaga ini memaksa pengguna beralih arah pada Honda Civic, yang bersaiz kecil, muat untuk 4 orang dan memang jimat petrol. Pengguna dah tak peduli dengan rekaan comel Civic, yang pasti mereka tak pening kepala untuk urusan harian.

Gen 2

Tambahan pula Honda memperkenalkan enjin CVCC yang lagi cekap tenaga dan gagal ditiru oleh pembuat kereta Amerika. Sekali lagi Amerika terciduk dengan produk comel Honda. Bila generasi kedua Civic dikeluarkan, rekaannya semakin berani dan semakin mengancam. Enjin dibesarkan kepada 1300cc CVCC dan 1500cc CVCC.

Perbezaan rekaan ini sangat ketara jika dibandingkan dengan rekaan pertama. Honda membuktikan, Civic yang satu ketika dulu bulat macam telur rebus boleh jadi nampak moden. Untuk generasi baru ini, kita boleh tengok Civic generasi 6, generasi ke 8 dan generasi 10 menggunakan falsafah rekaan yang moden, ranggi dan berani.

Gen 7

Tapi untuk generasi ke 7, generasi ke 9 serta terbaru generasi ke 11, rekaannya kelihatan konservatif, selamat dan membosankan. Tiada lagi garisan evokatif yang timbul, tiada bentuk yang menawan digunakan dan ia agak tenggelam berbanding dengan pesaingnya yang lain.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku ketika ini sehingga jurutera Honda gagal menghasilkan rekaan yang menarik? Generasi ke 7 dilancarkan pada tahun 2000, generasi ke 9 dilancarkan pada 2011 dan generasi ke 11 dilancarkan pada tahun 2021. Jawapan mudah penulis ialah, keadaan ekonomi.

Gen 9

Pada tahun 2000, ekonomi asia baru sahaja pulih dari Asian Economy Crisis (1997) yang melibatkan kebanyakan negara asia tenggara yang menjadi pasaran utama Honda seperti Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina. Ia diikuti dengan kelembapan ekonomi Amerika, Kanada, Rusia, UK dan Jepun pada awal tahun 2000

Dan kebanyakan negara yang disebutkan tadi ialah negara pasaran utama Honda. Keadaan ini bertambah buruk dengan berlakunya peristiwa serangan 11 September 2001 d Amerika. Model ke 9 menerima nasib yang sama dengan model ke 7. Ia sepatutnya dilancarkan pada 2010, namun dengan peristiwa kejatuhan Lehman Brothers dan krisis pinjaman perumahan gagal dibayar Honda menunda Civic ini ke tahun 2011

Generasi ke 9 ini dirancang supaya lebih besar, namun Honda menukar strategi dengan mengekalkan saiz kereta, menggunakan cesi generasi ke 8 dan rekaan yang lebih selamat. Orang tua, muda, lelaki dan perempuan yang merangkumi kebanyakan demografi pasaran boleh beli disebabkan rekaannya yang selamat

Ya tahun ini dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19 di kebanyakan negara, walaupun negara asal virus ini di China sudah boleh berleha-leha. Generasi Civic ke 11 yang dihasilkan agak membosankan, selamat dan gagal mencuit emosi termasuk penulis. Secara jujur, Toyota Altis dan Mazda 3 jauh lebih menarik dan mempesonakan

Pada masa yang sama penulis perasan yang Honda Civic generasi yang ke 6, 8 dan juga 10 dilancarkan dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesatIni ialah pendapat peribadi penulis. Ketika ini Honda berani bereksperimen dengan rekaan yang lebih berani dan menarik. Anda boleh meluahkan pendapat anda berkenaan rekaan Civic generasi 11 di ruang komen.

Google ads
Back to top button