Artikel Pilihan

HONDA CITY RS, JADIKAN ENJIN SEBAGAI GENERATOR ELEKTRIK

Honda City RS tidak boleh diklasifikasikan sebagai kereta elektrik sepenuhnya, kerana ia berupaya menyambungkan enjin kepada sistem pacuan dengan menggunakan klac. Malah dalam sesetengah keadaan enjin ini akan bekerjasama dengan sistem i-MMD untuk menggerakkan kereta.

Jadi terma hibrid lebih sesuai untuk digunakan bagi Honda City RS. Walaupun Honda City RS masih memiliki enjin 1500cc, ia sebenarnya sangat berbeza dari segi teknikal dan pengoperasiannya dari versi petrol. Kami senaraikan perbezaan Honda City RS hibrid dengan petrol di bawah

1. Semua varian Honda City termasuk petrol dan hibrid menerima enjin 1500cc 4 silinder DOHC. Namun bagi varian RS, ia akan menggunakan enjin dengan kod LEB H5 yang menggabungkan teknologi i-VTEC, VTC serta beroperasi dengan kitaran enjin Atkinson sepenuhnya. Namun bagi varian petrol ia beroperasi dengan kitaran Otto

2. Jadi varian hibrid akan menggunakan nisbah mampatan enjin yang lebih agresif pada 13.5:1 berbanding varian petrol yang menggunakan 10.6:1. Walaupun lebih efisyen dari segi termodinamik, enjin hibrid hanya menghasilkan 97 kuasa kuda dan 127Nm tork sahaja demi mencapai kecekapan terma pada 40%.

2018 Honda Accord Hybrid Powertrain

3. Bila Honda mengatakan City RS memiliki 253Nm tork, ia bukannya terhasil daripada enjin tapi dibekalkan oleh unit motor i-MMD. Satu motor bertindak menghasilkan kuasa elektrik dengan enjin bertindak sebagai generator, dan satu lagi motor menggerakkan tayar.

4. Kelebihan motor elektrik ialah, ia berupaya menghasilkan 253Nm tork dari serendah 0 RPM dan berupaya berputar sehingga 13,300 RPM. Sebagai contoh Proton X50 menghasilkan 255Nm tork dari 1500-4000 RPM sahaja. Jadi kalau di lampu isyarat, memang City RS boleh tapau varian petrol dengan senang

5. Sebab motor elektrik ini boleh berputar sehingga 13,300 RPM dan menghasilkan 253Nm tork sepanjang masa, maka City RS tidak perlukan sistem transmisi. Yang ada cuma satu gear tunggal (e-CVT), yang akan digunakan apabila sistem i-MMD menyambungkan enjin kepada transmisi gear tunggal ini.

6. Berbanding dengan varian petrol yang menghasilkan 119 kuasa kuda dan 145Nm tork pada 4300 RPM, varian petrol memang memerlukan transmisi CVT untuk beroperasi. Varian hibrid tak perlu transmisi sebab 253Nm tork sudah cukup kuat untuk menggerakkan kereta walaupun ketika mula-mula bergerak

7. Jadi enjin LEB 1500cc i-VTEC ini, walaupun hanya menghasilkan 127Nm tork pada 5600 RPM dan 97 kuasa kuda sahaja hanya akan digunakan untuk mengecas bateri ion Lithium sistem sebesar 1.3kWh. Pada pendapat penulis, ia tidak perlu diperah pada 5600 RPM pun sebab jika beroperasi pada RPM tinggi ia tidak akan menjadi enjin yang cekap

8. Biasanya untuk mengecas bateri sistem ia hanya perlu beroperasi antara 1000-2000 RPM sahaja dimana ia akan beroperasi pada Brake Spesific Fuel Consumption paling bagus dan membebaskan asap paling minima. Maka tak hairanlah Honda kata satu liter petrol membolehkan City RS dipandu sejauh 26km.

9. Cuma kelemahan setup begini ialah, City RS tidak boleh dipandu laju disebabkan ia hanya ada satu gear sahaja. kalau nak laju lagi kena tambah lagi gear. Sekalipun sistem hibrid akan menggabungkan enjin ketika operasi, halaju maksima hanyalah 173km/j sahaja.

10. Kaedah ini juga mengurangkan kebergantungan Honda pada kenderaan EV sepenuhnya, kerana seperti yang kita tahun EV selain daripada Tesla memiliki jarak perjalanan yang dekat sahaja. Kami telah mengulas isu ini di artikel INI dan memang Malaysia kekurangan pusat mengecas.

Solusi Honda ialah jadikan enjin sebagai pengecas, pastikan ia beroperasi pada keadaan optima. Tak perlu risau pasal jarak perjalanan. Setangki petrol membolehkan Honda City dipandu sejauh 1040km dan hanya menghasilkan 87g/km gas karbon dioksida

Jadi kalau anda nak kejar Honda City RS, boleh kejar di laluan lurus beberapa kilometer di lebuh raya. Kalau di hentian lampu isyarat, rasanya pasti anda kena lauk

Google ads
Back to top button