Artikel PilihanBuletin

KENAPA HONDA TYPE S WUJUD? TYPE R KAN ADA.

Semasa ekonomi Jepun tengah berkembang tahun 1980an dulu, Honda melancarkan sub-brand mereka iaitu Acura di Amerika sebagai jenama premium daripada Honda. Ya sama seperti Toyota buat dengan Lexus. Pada awalnya hanya model sedan eksekutif Legend dan model sport Integra sahaja yang dipasarkan

Sambutan yang menggalakkan telah mendorong Acura memperkenalkan model lain seperti NSX di Amerika. Namun disebabkan rekaan Acura ini semakin lama semakin bosan, jualan Acura di Amerika mulai jatuh pada penghujung tahun 1990an

Sebagai strategi baru, Acura mula memikirkan semula strategi baru dan menghasilkan konsep yang lebih sesuai untuk pasaran Amerika. Ia mestilah model prestasi tinggi macam Type R, tapi lengkap dengan ciri mewah, selesa dan sesuai untuk kegunaan harian. Idea ini melahirkan konsep Type S

Kalau Type R boleh memberi maksud Racing, Type S mungkin memberi maksud Sporty?

Model Type S pertama dihasilkan oleh Honda NSX Type S pada tahun 1997 dan dijual sebagai model JDM. NSX Type S ini duduk di tengah-tengah antara model asas dan model Type R. Tapi ia tetap menampilkan beberapa ciri pengurangan berat untuk prestasi dan pada masa yang sama mengekalkan ciri mewah yang lain seperti sistem pandu arah, stering kuasa elektrik dan lampu Xenon

Acura mengikut jejak langkah Honda dengan memperkenalkan Acura NSX Type S yang mampu dipandu sehingga 270km/j. NSX Type S diperkemaskan dengan enjin 3200cc yang menghasilkan 260 kuasa kuda, 35 kuasa kuda lebih dari varian asas, stering yang lebih responsifm rim 17 inci dan suspensi sport

Pada tahun 2002, Integra RSX Type S diperkenalkan dengan enjin 2000cc 4 silinder i-VTEC yang menghasilkan 200 kuasa kuda. Ia hanya ditawarkan dalam varian 6 kelajuan manual sahaja. Model ini dinaiktaraf dengan tambahan 10 kuasa kuda sebelum dihentikan pengeluaran pada tahun 2004

Di Amerika, Acura menghasilkan sendiri model mengikut acuan pasaran US dan memperkenalkan Acura TL. Model ini adalah model terakhir yang menggunakan lencana Type S yang diperkenalkan pada tahun 2007. Ia menggunakan enjin 3500cc V6 yang menghasilkan 286 kuasa kuda dengan padanan transmisi 6 kelajuan manual.

Acura TL Type S juga dipasang dengan brek 4 piston Brembo, suspensi talaan sport, dan ekzos 4 corong. Tapi ekonomi yang suram pada tahun 2008 menyebabkan model ini kurang popular. Type S ini masih lagi popular, bukan pada jenama Honda tapi pada jenama Acura.

Model terbaru mereka ialah Acura TLX Type S yang menghasilkan 355 kuasa kuda dari enjin 3000cc V6. Namun kali ini ia dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan, sistem torque vectoring, sistem AWD, brek Brembo dan suspensi sport

Google ads
Back to top button