Motosikal

IMPIAN MILIKI HONDA SCOOPY TERCAPAI. 5 TAHUN MENABUNG SYILING

Seorang wanita di Indonesia mengumpul duit syi­ling selama lima tahun untuk merealisasikan impian membeli sebuah motosikal Honda Scoopy.

Melalui rakaman video dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @siwipanca, kelihatan seorang wanita memakai tudung merah berada di depan kaunter sebuah kedai motosikal dengan membawa duit syiling yang begitu banyak.

Kelihatan duit syiling berkenaan telah dibungkus dan tersusun rapi di atas kaunter sebelum dikira para pekerja kedai motosikal terbabit.

@siwipanca

fyp… beli motor pakai koin… ibu ini nabung selama 5 tahun…😍😍

♬ Shalawat – UNGU

Menurut keterangan dalam klip video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mahu membeli motosikal jenis Honda Scoopy bernilai 19.7 juta Rupiah (RM5,675).

Dia mengumpul duit syi­ling itu selama lima tahun untuk mencapai impiannya.

“Wanita ini menabung syiling selama lima tahun untuk membeli motosikal,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, video yang mendapat reaksi warga alam maya itu meraih tontonan lebih 1.2 juta. -otoasia

Google ads
Back to top button