BuletinMotosikal

HONDA BS-VI ACTIVA 6G, DARI RM3.6K SAHAJA DI INDIA

Tiga pasaran yang begitu besar untuk pengeluar motosikal ialah India, China dan Indonesia. Walaupun besar, citarasa pembeli tidak sama kecuali satu perkara iaitu harga motosikal yang rendah.

Jumlah pembeli yang ramai membolehkan harga terbaik ditawarkan di sana.

Bercakap tentang citarasa, pengguna di India gemarkan skuter dan terbaru Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. melancarkan model baharu BS-VI Activa 6G.

Harganya? Bermula dari Rs. 63,912 atau RM3,660 sahaja di New Delhi.

Honda Activa 125 BSV

Honda sebelum ini telah melancarkan dua model BS-VI iaitu Activa 125 dan SP 125 dengan jualan sudah melebihi 75,000 unit di sana. Penawaran BS-VI Activa 6G dijangka akan meneruskan kecemerlangan itu.

BS-VI sebenarnya merujuk kepada Bharat Stage VI iaitu piawaian enjin baharu di India dan Honda pengeluar pertama yang menawarkan motosikal dengan standard tersebut.

BS-VI Activa 6G bukan sekadar skuter biasa untuk merebut pasaran India, ia dibangunkan menggunakan 26 teknologi yang mempunyai permohonan paten.

Honda SP 125

Skuter itu digerakkan oleh enjin 110cc PGM-FI HET (Honda Eco Technology) dengan Enhanced Smart Power (eSP).

Teknologi eSP mengoptimumkan output kuasa dengan memaksimumkan kecekapan kebuk (combustion) dan meminimumkan geseran.

Teknologi eSP mengintegrasikan beberapa teknologi lain seperti ACG Starter, Programmed Fuel Injection (PGM-FI), Tumble Flow, pengurangan geseran dan akhirnya menyumbang kepada kecekapan penggunaan bahan api.

Untuk tunggangan lebih selesa, skuter ini menggunakan suspensi teleskopik dengan jarak kelegaan bumi yang ditinggikan sebanyak 18mm.  Suspensi belakang mempunyai tiga tahap larasan.

Bahagian meter mempunyai julat kelajuan eco bagi tunggangan ekonomikal. Turut dilengkapi ialah fungsi On-Board Diagnostic bagi mengesan kegagalan enjin secara automatik.

Satu lagi ciri penting ialah ruang simpanan dan kapasiti bahagian bawah tempat duduk ialah sebanyak 18 liter.

Pilihan warna pula ada enam kesemuanya iaitu Glitter Blue Metalic, Pearl Spartan Red, Dazzle Yellow Metallic, Black, Pearl Precious White dan Matte Axis Grey Metallic.

Pembeli BS-VI Activa 6G diberi dua pilihan varian iaitu Standard berharga Rs. 63,912 (RM3,660) manakala Deluxe pula berharga Rs. 65,412 (RM3,745).

Sekadar perkongsian, jualan motosikal di India dari tahun 2012 hingga 2018 melebihi 124 juta unit.

Tags
Google ads
Back to top button