BuletinMotosikal

HONDA SH – SKUTER HONDA YANG POPULAR DI ITALI

Seperti yang diketahui umum, Vespa asalnya daripada Itali dan menjadi satu fenomena sehinggakan menjadi satu gaya hidup yang berjaya dieksport ke peringkat dunia.

Meskipun popular tidak bermakna pengeluar lain tidak boleh ‘mencari makan’ di Itali. Honda misalnya berjaya menjual hampir 11,500 unit skuter SH pada tahun 2018.

Siri SH mempunyai sejarah panjang dengan model SH50 mula dijual pada tahun 1984. Model empat lejang SH150 pula memasuki pasaran Eropah bermula 2001.

Model dengan suntikan bahan api PGM-FI diperkenalkan pada 2005 dan sejak 14 tahun lalu SH150i dan model 125cc mewakili pengangkutan urban yang mempunyai keseimbangan di antara gaya, boleh dipercayai, ekonomikal dan praktikal.

Honda terus menambah baik SH dengan memperkenalkan teknologi enjin geseran rendah eSP (enhanced Smart Power) dan Idling Stop pada 2013.

2017 pula menyaksikan perubahan pada reka bentuk, lampu belakang LED depan dan belakang dan Honda Smart Key.

Satu faktor populariti SH150i di Itali ialah apabila model 125cc tidak dibenarkan untuk digunakan di lebuh raya.

Untuk 2020, Honda telah memperbaharui SH150i yang dipasang di kilang Honda di Atessa, Itali. 

Versi 2020 didatangkan dengan enjin 157cc sejukan cecair eSP+ (enhanced Smart Power) empat injap yang mempunyai lebih pecutan, kelajuan maksimum dan ekonomikal berbanding enjin dua injap sebelumnya.

Mazda CX30

Kuasa maksimum ialah 16.6hp pada 8,500 rpm berbanding 14.6hp pada 8,250 rpm untuk model sebelumnya. Tork juga lebih tinggi iaitu 14.9Nm pada 6,500 rpm berbanding 13.9Nm pada 7,000 rpm.

Keluk dyno untuk kuasa dan daya kilas menunjukkan kekuatan enjin dari 4,000rpm sehingga 10,000 rpm.

Penggunaan bahan api tanpa pengaktifan Idling Stop juga lebih jimat iaitu dari 42.0km/l kepada 44.7km/l (mode WMTC).

Honda turut melengkapi SH150i dengan teknologi hebat walaupun ia sebuah skuter bandar.

Skuter ini dilengkapi ABS dan Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang memberikan keyakinan untuk tunggangan di permukaan basah. 

HSTC berfungsi di sebalik tabir dalam menguruskan cengkaman tayar belakang dan penunggang diberitahu melalui indikator yang dinyalakan pada meter.

Jika tidak mahu digunakan, HSTC boleh dimatikan sepenuhnya.

SH150i turut dilengkapi Idling Stop dengan suiz pada bahagian kanan pemegang tangan. Apabila diaktifkan enjin akan berhenti berfungsi secara automatik selepas tiga saat melahu. 

Enjin akan dihidupkan semula sebaik sahaja pendikit minyak dipulas.

Satu pembaharuan yang dibuat Honda ialah mengalihkan tangki minyak di bawah kerusi ke bawah pelantar kaki. Tangki minyak itu mempunyai kapasiti tujuh liter.Pengalihan tangki minyak turut menambah lagi 10 liter ruang. Dari segi ukuran, jarak di antara roda bertambah 10 mm kepada 1,350 mm dengan sudut rake and trail pada 26°/85.2mm.

Tinggi kerusi kekal pada 799mm manakala berat model 2020 lebih ringan sebanyak 400g kepada 134.1kg.

Untuk pengguna yang mahukan aksesori tambahan, Honda menyediakan beberapa pilihan seperti cermin hadapan, pelindung tangan dan kotak belakang (Smart top box).

Kredit foto: Honda

Galeri: Honda SH125i

Tags
Google ads
Back to top button