Buletin

DISKAUN TOL PLUS 18% MULAI 1 FEB 2020. PLUS TIDAK DIJUAL, KONSESI DISAMBUNG 20 TAHUN LAGI

Kerajaan dilapor bakal melaksanakan diskaun sebanyak 18 peratus ke atas kadar tol kenderaan persendirian di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berkuat kuasa 1 Februari ini.

Dalam satu kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan itu dibuat berikutan pertujuan Jemaah Mnteri yang bermesyuarat pada 15 Januari lalu. 

Selain PLUS, lebuh raya lain terlibat dengan pengurangan itu termasuklah Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Pengurangan itu akan menyaksikan kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan akan turun daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km. Harus tahu bahawa ia lebih rendah daripada kadar tol pada tahun 1999 (11.24 sen/km).

“Jadi, kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar hanya RM45.50 berbanding RM55.50 sebelum ini. Sementara kadar tol Jalan Duta ke Skudai menjadi RM38.50 daripada RM47.00,” jelas kenyataan itu lagi.

Selari dengan keputusan itu, Kerajaan juga bersetuju melanjutkan tempoh konsesi semua Lebuhraya PLUS selama 20 tahun, dari 2038 ke 2058. Ia bagi memastikan PLUS dapat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi tanpa perlu bergantung kepada kerajaan.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaru ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun.

“Jadi, Kerajaan tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol,” kata PMO.

Langkah itu juga menyaksikan kerajaan tidak perlu lagi membayar pampasan kepada PLUS dapat berjimat sebanyak RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun. 

“Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat kepada Rakyat menerusi pengurangan beban kadar tol.

“Pada masa yang sama membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang kukuh. Manakala penjimatan sebanyak RM42 bilion boleh digunakan untuk pelbagai inisiatif demi kesejahteraan rakyat,” jelas PMO.  

sumber: Astro Awani

Google ads
Back to top button