BuletinMotosikal

BOON SIEW HONDA PERKENAL RS150R V2 SECARA RASMI (SELEPAS SEMINGGU MASUK KEDAI)

Dalam satu siaran media yang diterima kami pada pagi ini, Boon Siew Honda mengumumkan kemasukan model RS150R versi facelift, seminggu selepas kami menyiarkan berita ini apabila kelihatan kelibat motosikal ini mula diedarkan di pengedar Honda seluruh negara.

BACA: HONDA RS150R DAH MASUK KEDAI

Boon Siew Honda membuka lembaran baru tahun 2020 dengan pengenalan Honda RS150R baharu. Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium. Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemasan moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi.

Fungsi terbaru ini untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter. Ciri ini menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang..

Honda RS150R ini turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada – Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC 6 kelajuan yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Model facelift ini diperkenalkan dalam empat varian warna iaitu

  • Trico
  • Pearl Magellanic Black
  • Pearl Nightfall Blue
  • Repsol

Apa yang ditunggu-tunggu sebagai V2 sama seperti Winner X Vietnam nampaknya tak kesampaian di mana perubahan ini adalah sangat minimal dengan hanya beberapa kemasan kecil yang dapat dilihat. Ya, Malaysia tidak mendapat spesifikasi Honda Winner X Vietnam.

Mazda CX30

SPESIFIKASI SAMA DENGAN HONDA SUPRA GTR INDONESIA

Nampaknya kita hanya mendapat spesifikasi yang sama dengan Indonesia sahaja. dan buat masa ini atas sebab-sebab yang tidak diketahui nampaknya Honda Winner X yang juga sepatutnya menjadi RS150R V2 eksklusif untuk pasaran Vietnam sahaja.

Perubahan yang paling ketara ialah lampu belakang yang kini tidak diintegrasikan bersama lensa putih sebaliknya hanya lampu brek/belakang semata-mata.

Disebabkan lampu belakang dibina dalam perumah dengan penutup khas maka peluang untuk “mengalihkan” lampu membelok ke bahagian lampu brek tidak ada langsung. Melainkan anda beli set lampu belakang V1 dan pasangkan pada ekor V2 ini.

Model Honda Winner X yang ditunggu-tunggu masuk Malaysia akhirnya tak tiba

Perubahan yang mungkin paling dominan ialah meter utamanya kini sudah digital sepenuhnya menggantikan analog-digital pada model RS150R sediada. Mungkin inilah satu-satunya spesifikasi yang diambil daripada Winner X di Vietnam.

TIADA ABS

Ya. Berbeza dengan V2 di Vietnam yang sudahpun didatangkan dengan brek ABS satu hala di hadapan, Boon Siew Honda nampaknya memilih untuk tidak memasang ABS untuk spesfikasi RS150R tempatan. Kami yakin, ia berkemungkinan besar disebabkan faktor kos dan bakal mempengaruhi harga jualan.

Pada keadaan sekarang, Honda RS150R dijual sedikit mahal berbanding Yamaha Y15ZR dan jika ia didatangkan dengan brek ABS dan kelengkapan facelift sama dengan Vietnam, ia mungkin 10-15 peratus lebih dari Yamaha Y15R.

harga jualan semasa Honda RS150R V2 ini ialah

  • RM 8,199 untuk model Standard (Trico, Black, Blue)
  • RM 8,499 untuk model Repsol
Google ads
Back to top button