Motosikal

HONDA CB1000F 2026 DIRASMIKAN DI EROPAH – 122HP, 103NM

Selepas pelbagai teaser dan kemudiannya pendedahan penuh model konsep di Suzuka 8 Hours, Honda dengan rasminya melancarkan CB1000F untuk pasaran global bagi tahun 2026. 

Model serba baharu itu tiba dengan tiga pilihan warna retro yang diberi nama Wolf Silver Metallic dengan garisan briu, Wolf Silver Metallic dengan garisan kelabu dan Graphite Black. 

CB1000F ini merupakan model terbaru dalam sejarah 65 tahun keluarga CB yang bermula dengan CB750F pada era 80-an. 

Untuk rekod, CB1000F ini berkongsi komponen yang sama dengan CB1000 Hornet termasuk enjin. Namun begitu, enjin pada CB1000F ini telah ditala semula bagi menawarkan pengalaman menunggang yang lebih santai. 

Honda mendakwa CB1000F ini dibangunkan dengan visi mewujudkan motosikal roadster yang paling seimbang. Hasilnya, model baharu ini menawarkan pengendalian seperti motosikal middleweight namun dengan karakter seperti motosikal berkuasa tinggi. 

Hasilnya, Honda CB1000F ini menawarkan 122hp pada 9,000rpm dan 103Nm pada 8,000rpm berbanding 155hp dan 104Nm yang ditawarkan CB1000 Hornet. Talaan semula itu dilakukan pada bahagian camshaft termasuk intake. Panjang intake funnel juga ditingkatkan dari 50mm kepada 140mm dengan diameter 36mm. 

CB1000F ini juga menampilkan sistem ekzos 4-2-1 bagi menghasilkan ekzos ala megaphone sekaligus melengkap imej roadster retro. 

Pakej suspensi pula terdiri dari fork Showa SFF-BP (Separate Function Fork-Big Piston) 41mm yang boleh diselaraskan (preload dan rebound/compression) di bahagian depan dan penyerap hentak Showa di belakang belakang juga boleh dilaraskan bagi preload dan rebound damping

Brek pula dikendalikan kaliper empat piston jenis radial dari Nissin yang dipadankan bersama cakera 310mm depan dan 240mm belakang dengan brek satu piston. Rim pula berukuran 17-inci dengan saiz 120/70 depan dan 180/55 belakang. 

Elektronik juga serba lengkap dengan wheelie control, cornering ABS, tiga mod menunggang (Standard, Sport dan Rain) serta dua mod yang boleh dikustom mengikut kesesuaian. Segala info boleh diakses menerusi panel meter TFT 5-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar. 

GALERI: HONDA CB1000F 2026

Google ads
Back to top button