Motosikal

RASMI: SYM NAGA 155 LANCAR DI MALAYSIA – RM8,888

Segmen skuter 150cc di Malaysia kali ini dimeriahkan dengan pendatang baharu dari SYM menerusi SYM Naga 155 yang boleh didapati pada harga RM8,888.

Meskipun membawa nama Naga 155 namun skuter urban ini dipacu enjin satu silinder bersesaran 149.6cc yang berupaya menjana 14.2hp pada 8,000rpm dan 13Nm pada 7,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT. 

Perincian lain termasuk pencahayaan LED, panel meter digital LCD, pengecas USB serta tangki bahan api berkapasiti 7.3L. Selain itu, skuter ini turut dilengkapi dengan panel meter digital LED, pengecas USB Type-A dan Type-C serta ruang letak barang yang boleh memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh. 

Bagaimanapun, ciri utama yang menonjol pada Naga 155 ini adalah kehadiran ABS dwi-saluran (yang boleh dipadamkan) serta sistem traction control. Pakej brek pula terdiri dari cakera brek 260mm di bahagian hadapan dan 233mm dibahagian belakang. 

Ketinggian tempat duduk diletakkan pada 800mm dengan jarak kelegaan tanah 125mm.  Menurut SYM, Naga 155 ini adalah seberat 144kg. 

Google ads
Back to top button