Buletin

HONDA NT1100 2026 DAN NT1100 ELECTRONIC SUSPENSION KINI DENGAN WARNA BAHARU

Honda terus memperkukuh kehadiran dalam segmen sport-touring melalui NT1100 2026 (MY2026) dan varian NT1100 Electronic Suspension.

Model ini mengekalkan semua ciri yang diperbaharui pada MY2025 termasuk prestasi enjin, keselesaan perjalanan jauh, teknologi elektronik dan transmisi DCT sambil menambah satu pilihan warna baharu Iridium Gray Metallic.

Pilihan warna lain seperti Mat Warm Ash Metallic dan Pearl Hawkseye Blue juga dikekalkan.

Reka Bentuk Aerodinamik dan Keselesaan Penunggang

Reka bentuk NT1100 2026 mengekalkan bentuk MY2025 dengan reraut tajam dan cermin penghadang angin boleh dilaras satu tangan dalam lima tahap.

Bahagian depan dan bawah motosikal direka untuk menghalakan aliran udara dengan cekap bagi mengurangkan angin yang mengenai kaki penunggang dan pembonceng.

Sistem lampu LED hadapan dilengkapi lampu siang dan isyarat terbina dalam sementara pelindung tangan memberikan perlindungan tambahan.

Tempat duduk luas dengan lapisan kusyen dioptimumkan dan kotak sisi standard mampu memuat topi keledar penuh.

Enjin 1,084cc Dengan Tork Pertengahan Kuat

Enjin kembar selari 1,084cc SOHC 8 injap yang digunakan pada MY2025 dikekalkan untuk MY2026.

Enjin ini memberikan prestasi mantap dalam julat tork pertengahan tanpa menurunkan kuasa maksimum iaitu 102 ps pada 7,250 rpm dan tork maksimum 104Nm pada 6,250 rpm.

Karakter tork pertengahan yang kuat memudahkan pecutan pantas dan pengendalian stabil pada kelajuan rendah.

Pendikit elektronik membolehkan tiga mod tunggangan standard URBAN RAIN dan TOUR serta dua mod boleh ubah USER 1 dan USER 2 untuk menyesuaikan kuasa enjin dan kawalan cengkaman.

Sistem penyejukan cecair dan kotak udara bersaiz besar mengekalkan tindak balas enjin konsisten, manakala talaan ekzos memastikan bunyi tenang ketika bergerak santai dan lebih bertenaga apabila dipandu laju.

Untuk transmisi, NT1100 menawarkan pilihan kotak gear manual 6 kelajuan atau Dual Clutch Transmission (DCT).

Transmisi DCT 6 Kelajuan

NT1100 2026 mengekalkan Dual Clutch Transmission atau DCT yang diperkenalkan pada MY2025.

Sistem ini menawarkan pilihan automatik atau kawalan manual menggunakan suis pada hendal kiri.

DCT menukar gear dengan lancar tanpa kehilangan kuasa menjadikan tunggangan di bandar dan lebuh raya lebih selesa.

Penalaan DCT mengekalkan ciri sama seperti MY2025 dan disepadukan dengan mod tunggangan bagi pengalaman tunggangan yang konsisten.

Sistem ini juga disepadukan dengan mod tunggangan supaya penukaran gear selaras dengan mod yang dipilih.

NT1100 Electronic Suspension Dengan SHOWA EERA

Varian Electronic Suspension mengekalkan sistem SHOWA EERA yang diperkenalkan pada MY2025.

Suspensi hadapan dan belakang menyesuaikan secara automatik mengikut kelajuan, kedudukan motosikal dan keadaan jalan.

Terdapat empat mod utama URBAN TOUR RAIN dan SPORT manakala mod USER membolehkan pelarasan individu.

Suspensi hadapan menggunakan sepit udang teleskopik terbalik SHOWA 43 mm SFF-BP manakala belakang menggunakan penyerap tunggal dengan lengan ayun aluminium dan pelaras pra-beban hidraulik.

Sistem ini mengekalkan kestabilan dan keselesaan terutamanya ketika membawa pembonceng atau beban tambahan sama seperti MY2025.

Elektronik dan Keselamatan

NT1100 2026 mengekalkan sistem elektronik MY2025 termasuk kawalan tork HSTC tiga tahap, ABS dua saluran dengan Cornering ABS, kawalan pengurangan loncatan belakang, lampu berhenti kecemasan ESS, kawalan jelajah, pemanas hendal serta soket USB dan 12V.

Panel TFT 6.5 inci menampilkan Apple CarPlay dan Android Auto serta memaparkan mod tunggangan URBAN RAIN TOUR USER 1 dan USER 2.

Semua ciri ini mengekalkan pengalaman tunggangan selamat dan selesa.

Aksesori dan Pilihan Tambahan

Honda menawarkan pelbagai aksesori asli sama seperti MY2025 termasuk kotak atas 50 liter, beg tangki, pelindung enjin, bar cagak tengah dan sistem interkom.

Pakej Urban dan Touring juga disediakan mengikut keperluan perjalanan. 

Spesifikasi Utama NT1100 2026

  • Enjin kembar selari 1,084cc SOHC 8 injap penyejukan cecair
  • Kuasa maksimum 102 ps pada 7,250 rpm
  • Tork maksimum 104Nm pada 6,250 rpm
  • Transmisi enam kelajuan Manual atau DCT
  • Suspensi hadapan SHOWA 43 mm SFF-BP
  • Suspensi belakang SHOWA Pro-Link dengan pelaras pra-beban hidraulik
  • Suspensi elektronik SHOWA EERA untuk varian Electronic Suspension
  • Tangki bahan api 20.4 liter
  • Tinggi pelana 820 mm
  • Berat 238 kg untuk DCT dan 248 kg untuk Electronic Suspension
  • Kotak sisi 36–37 liter

Google ads
Back to top button