Buletin

HONDA CIVIC TYPE R FL MASUK AS, WARNA BAHARU BOOST BLUE

Pada Januari lalu Honda memperkenalkan Civic Type R 2020 yang dipertingkatkan (facelift) di Tokyo Auto Salon. Pengenalan itu adalah susulan Civic sedan, hatchback dan Si yang dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran dunia.

Dalam tempoh yang singkat, giliran Amerika Syarikat diperkenalkan dengan Civic Type R 2020 sempena Chicago Auto Show pada 7 Februari lalu.

Hatchback berprestasi itu tampil dengan warna baharu Boost Blue dan beberapa perubahan luar dan dalam termasuk pengenalan Honda Sensing®.

Dari apa yang dikongsi Honda, model 2020 ini dipertingkatkan supaya lebih mantap dan jitu berbanding versi terdahulu. Bahagian luar hanya menerima perubahan minor pada corak sisi bampar depan dan belakang.

Walaupun nampak tidak ketara, perubahan signifikan ialah pada gril yang direka semula untuk lebih penyejukan pada bahagian enjin dalam keadaan memerlukan.

Perubahan terbesar sebenarnya terselindung di sebalik jangkauan mata. Di antaranya ialah cakera brek two-piece baharu dan pad brek yang direka semula bagi mengurangkan fade dan meningkatkan kecekapan pembrekan semasa kelajuan tinggi.

Komponen suspensi diperbaharui dengan damper untuk pemanduan lebih selesa, sesendal (bushing) belakang lebih tegar bagi cengkaman ekstra dan semakan pada suspensi depan dan stereng untuk ‘rasa’ stereng yang lebih baik.

Tiada perubahan pada enjin 2.0l turbo dengan VTEC™ dengan kuasa 306hp dan tork 400Nm yang dijana pada dua roda depan oleh transmisi enam kelajuan manual nisbah pendek dan limited-slip differential (LSD).

Seperti sebelumnya, pemandu boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R yang mempunyai tetapan berbeza pada respon suspensi, stereng dan pendikit.

Mazda CX30

Disebalik pengekalan ciri terdahulu, ada lagi yang baharu iaitu Kawalan Bunyi Aktif. Sistem itu berfungsi dengan mengubah bunyi pada bahagian dalaman kereta berdasarkan mod pemanduan.

Kemasan dalaman turut diperbaharui dengan stereng yang dibalut Alcantara™, tombol gear dan tuil lebih pendek.

Selain daripada pemanduan dipertingkatkan, Civic Type R 2020 lebih meyakinkan dengan teknologi bantuan pemanduan canggih Honda Sensing®.

Pengenalan tersebut menjadikan kesemua varian Civic yang dijual di AS dilengkapi Honda Sensing® sebagai ciri standard.

BACA: PADA 2015 HONDA CIVIC TYPE R (FK2R) DIPERKENAL DI GENEVA, 305HP 400NM

BACA: HONDA CIVIC FC K24 926HP UNTUK DRIFT!

BACA: PADA 2001, HONDA CIVIC TYPE R EP3 DIPERKENAL DI JEPUN

Tags
Google ads
Back to top button