Artikel PilihanBuletin

PADA 2001, HONDA CIVIC TYPE R EP3 DIPERKENAL DI JEPUN

Honda Civic Type R mempunyai sejarah yang panjang sehinggalah model global FK8R diperkenalkan di serata negara.

Sebelum itu pengguna di pasaran lain hanya mampu menatapnya di majalah dan sisipan akhbar atau video permotoran.

Hanya beberapa negara sahaja ditawarkan dengan Civic Type R secara rasmi.

Peminat sejati pula mendapatkannya melalui pengimport bebas termasuk di negara kita.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Walaupun Civic Type R lebih dikenali sebagai hero Jepun, Honda sebenarnya turut memberi perhatian kepada pelanggan Eropah tambahan pula pengguna di sana gemarkan kereta hatchback.

Civic Type R pertama untuk pasaran Eropah ialah EP3 dan model ini mula dijual di Jepun pada 6 Disember 2001.

EP3 adalah Civic Type R pertama yang berkongsi pasaran dengan Jepun dan dipasang di kilang Honda yang terletak di Swindon, United Kingdom.

Satu perkara menarik dengan model ini ialah konsep reka bentuk Civic TYPE R-the hatchback bullet. Panggilan nama bullet begitu sinonim dengan Honda Civic EG di kalangan peminat tempatan.

Sasaran utama pembangunan Civic Type R EP3 ialah bentuk seperti peluru, prestasi menyeronokkan, selamat dan mesra alam sekitar.

Civic Type R seperti lazimnya dilengkapi enjin 2.0-liter DOHC i-VTEC K20A berkuasa 215 PS.

Harus diketahui walaupun Civic Type R dikilangkan di tempat sama, kedua model Jepun (JDM) dan Eropah (EDM) mempunyai spesifikasi berbeza.

Di antara perbezaan spesifik EP3 JDM ialah warna Champion White, kerusi merah Recaro, lsd helical, dan talaan serta binaan komponen enjin berbeza.

EP3 EDM pula dibekalkan enjin K20A2 dengan kuasa 200 PS, nisbah gear yang lebih ‘tenang’ dan tork pada rpm tinggi berbanding tork rpm rendah pada EP3 JDM.

Model Jepun juga sebenarnya mempunyai binaan lebih tegar dan cenderung kepada litar berbanding model Eropah.

Satu kehebatan EP3 JDM ialah walaupun cenderung kepada prestasi, model ini menerima pengiktiran daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun sebagai kenderaan emisi rendah.

Dari segi keselamatan pula, Honda Civic Type R dilengkapi dua beg udara dan palang untuk pemasangan kerusi kanak-kanak dengan ISOFIX pada kerusi belakang kiri dan kanan.

Model ini bertahan di pasaran sehingga tahun 2006 sebelum digantikan dengan Civic Type R FD2 (JDM) dan Civic Type R FN2 (EDM).

Kepada yang berminat, Honda Civic Type R EP3 memang boleh dicari tetapi sukar untuk ditemui, harga pasaran ialah sekitar RM60,000 hingga RM70,000.

Tags
Google ads
Back to top button