Buletin

KORONAVIRUS: CATHAY PACIFIC MINTA 27,000 PEKERJA AMBIL CUTI TANPA GAJI SELAMA TIGA MINGGU

Syarikat penerbangan Cathay Pacific meminta semua 27,000 orang kakitangannya supaya mengambil cuti tanpa gaji selama tiga minggu secara bergilir-gilir. 

Langkah itu diambil berikutan impak koronavirus ke atas perjalanan udara. “Saya memohon anda supaya membantu. Menyimpan tunai adalah cara utama untuk menyelamatkan perniagaan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Augustus Tang Kin-wing. 

Augustus juga mengakui keadaan sekarang adalah tenat seperti krisis kewangan pada tahun 2009. 

Cathay mahu kakitangannya bercuti secara sukarela di antara Mac hingga Jun dan berharap semua, termasuklah pengurus kanan mengambil bahagian dalam skim berkenaan. 

Syarikat penerbangan di seluruh dunia kini berdepan cabaran getir akibat penyebaran wabak koronavirus yang bermula di Wuhan, China. Ia menyebabkan orang ramai membatalkan penerbangan ke lokasi-lokasi terjejas. Mereka yang baru-baru ini melawat China juga dikenakan sekatan di sempadan. 

Seorang pramugara Cathay Pacific memberitahu skim cuti itu munasabah. Tetapi dia mengadu bahawa syarikat tidak membekalkan topeng muka untuk melindungi krew yang bertugas. 

Menurut seorang lagi kakitangan, cuti selama tiga minggu tidak memberikan kesan kewangan yang teruk. Cuma, dia berharap syarikat akan membayar kembali kepada mereka apabila perniagaan rancak semula. 

Mengakui tidak tahu berapa lama keadaan ini akan berlanjutan, Augustus menyatakan pihaknya telah memotong hampir 30 peratus daripada jadual penerbangannya di seluruh dunia. Ini termasuklah 90 peratus kapasiti penerbangan ke China. 

Cathay Pacific pernah melaksanakan skim sama pada tahun 2009 dan 2003 ketika wabak SARS merebak. 

Mazda CX30

Saham syarikat itu melonjak 5 peratus selepas ia mengumumkan pembatalan penerbangannya. Dalam satu nota kajian Jefferies, firma itu meramalkan Cathay akan terus mengalami kerugian untuk separuh pertama tahun ini, sebelum pulih sedikit menjelang hujung tahun 2020.  

sumber: South China Morning Post  

Tags
Google ads
Back to top button