Buletin

NISSAN FRONTIER (NAVARA) ENJIN 3.8L V8 DI AS!

Walaupun Amerika Syarikat merupakan pasaran kenderaan kedua terbesar dunia, tidak semua model global dipasarkan di sana. Contohnya Nissan Frontier atau Navara masih kekal dengan model D40 berbanding D23 di banyak negara lain termasuk pasaran tempatan.

Satu lagi perbezaan utama ialah jenis enjin yang begitu besar jika dibandingkan dengan pasaran lain. 

Pada 6 Februari Nissan memperkenalkan Frontier 2020 dengan enjin serba baharu 3.8L V6 suntikan terus dan juga transmisi baharu sembilan kelajuan.

Frontier 2020 dengan enjin besar dan transmisi sembilan kelajuan automatik dibuat khusus bagi memenuhi keperluan dan permintaan pemilik trak di AS.

Enjin serba baharu itu menggunakan 93 peratus komponen baharu atau direka semula dan diuji dengan ekstensif di Amerika Urara.

Enjin itu akan dipasang di kilang Nissan di Decherd dan bersebelahan enjin 5.6L Endurance® V8 yang diguna pada trak saiz penuh Titan. 

Enjin Frontier 2020 mempunyai kuasa 49hp lebih tinggi berbanding Frontier V6 sebelum ini. Secara terperinci, Nissan belum mendedahkan angka kuasa kuda dan daya kilas sebenar trak ini.

Turut menyumbang kepada peningkatan daya pecutan ialah transmisi baharu yang direka bagi memaksimumkan kecekapan nadi kuasa selain menambah rasa pecutan.

Di sebalik nadi kuasa serba baharu, ada satu lagi berita menarik tentang trak ini. Nissan turut mengumumkan Frontier 2020 adalah model tahun terakhir generasi D23.

Ini bermakna Frontier akan digantikan dengan model baharu memandangkan Navara D23 sudah berada di pasaran sejak 2014 lagi. Enjin dan transmisi Frontier 2020 juga bakal digunakan pada Frontier serba baharu.

Kredit foto: Nissan

Tags
Google ads
Back to top button