HONDA FIT (JAZZ) MODULO X CONCEPT DI TAS 2020
Honda Fit atau Jazz adalah sebuah model yang unik. Ia sesuai untuk digunakan oleh pelbagai jenis pengguna. Sama ada lelaki, wanita, muda atau tua termasuk digunakan di litar lumba.
Jazz adalah model yang kerap diubah suai dengan hasil menarik. Mungkin kerana bentuknya yang generik membolehkan Jazz menjadi kereta dengan pelbagai tujuan.
Pada Oktober 2019, Honda melancarkan Jazz generasi keempat di Jepun. Pelbagai respon diterima memandangkan Jazz itu tampil dengan reka bentuk sederhana berbanding generasi ketiga.
Sama ada positif atau sebaliknya, Honda bakal mempamerkan Fit Modulo X Concept pada Tokyo Auto Salon 2020.Dari luar, penampilan Fit dengan kit Modulo tampak sederhana. Lampu utama kekal sama dengan latar belakang hitam kecuali bampar dan gril baharu.Liang kemasukan udara pada bampar nampak lebih lebar manakala gril pula bercorak sarang lebah.
Bahagian tepi pula hadir dengan perubahan minimum, tiada skirt sisi dengan pintu depan dan belakang ditampal ‘trim’ warna hitam. Reka bentuk roda aloi juga kelihatan sederhana.
Bahagian belakang menarik dengan spoiler dan bampar yang lebih sporti. Ada corak liang udara pada kanan dan kiri yang bersambung dengan diffuser berwarna hitam.
Dari segi warna, Honda mengunakan tema putih pada bahagian tepi dan hitam pada bumbung.
Jika Fit Modulo X Concept ini sederhana, ada sebuah lagi yang dijanjikan Honda di TAS 2020 iaitu MUGEN FIT Prototype.
MUGEN biasanya tidak mengecewakan dengan kit badan lebih ekstrem.
- BACA: PADA 2015 HONDA CIVIC TYPE R (FK2R) DIPERKENAL DI GENEVA, 305HP 400NM
- BACA: HONDA CITY SLICKER SUPER CUB SEMA 2019 – KAPCAI MODI AMERIKA!
- BACA: HONDA JAZZ GE, MODEL PALING DRAMATIK, HARGA SAMPAI RM116K!
Kredit foto: Honda