SEJUKKAN KEPALA DENGAN TOPI KELEDAR REKAAN PININFARINA DAN ROUX HELMETS
Apabila sebut sahaja nama Pininfarina pasti kita teringatkan hasil karya mereka yang terdiri daripada banyak model kereta cantik dan ada juga yang buruk.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa firma rekaan itu seebenarnya ada menghasilkan produk lain. Secara contoh, pada pameran Performance Racing Industry yang berlangsung di Indianapolis, Amerika Syarikat baru-bariu ini, Pininfarina mendedahkan kerjasama terbaharunya dengan pihak Roux Helmets.
Kedua-dua syarikat itu berjaya menghasilkan topi keledar yang menggunakan sistem penyejukan cecair berteknologi tinggi. Walaupun topi keledar itu disasarkan untuk pelumba, banyak ciri yang mungkin satu hari boleh dipasang pada topi keledar biasa yang digunakan oleh penunggang motosikal.
Antara ciri paling menarik ialah sistem penyejukan cecair yang beredar di sekitar kepala. Bayangkan jika teknologi ini diperkenalkan secara meluas, sudah mesti rasa sakit kepala selepas menunggang lama di bawah terik matahari tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, ia turut dilengkapi sistem tiub minuman binaan dalam. Jadi anda tidak perlu lagi perlu berhenti minum dan boleh mengelakkan masalah dihidrasi. Kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon ringan turut dipasang dengan sistem bunyi dan mikrofon jenis noise cancelling.
Walaupun topi keledar ini masih dalam peringkat prototaip, tidak mustahil ia akan ditawarkan kepada orang ramai satu masa nanti. Lihat sahaja seperti ciri beg udara pada motosikal. Dahulu ia dilihat sebagai satu ciri yang mahal, tetapi kini ia semakin mudah didapati.
- BACA: PAKAI TOPI KELEDAR DI DALAM PEJABAT. KENAPA PULAK NI?
- BACA: PENJUALAN TOPI KELEDAR TIRUAN SANGAT MEMBIMBANGKAN. MAUT MENANTI – PAKAR
- BACA: PAKAI TOPI KELEDAR BERKUALITI TINGGI – LELAKI INI SELAMAT WALAUPUN KEPALA DIGILIS LORI!
- BACA: BluSnap – SISTEM PENYEJUKAN TOPI KELEDAR BUATAN INDIA, WAJAH ANDA LEBIH SEGAR SETIAP KALI TURUN DARI MOTOSIKAL