Artikel Pilihan

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI KERETA ELEKTRIK

Beberapa tahun lalu, Fuel Cell Electric Vehicle merupakan kereta masa depan bagi kebanyakan pembuat kereta. Ia menggunakan gas hidrogen dan oksigen bagi menghasilkan tenaga elektrik dan membebaskan air sebagai hasil sampingan. Namun semenjak kehadiran kereta elektrik, populariti kereta FCEV terus tenggelam. Kereta berkuasa elektrik menjadi sebutan ramai bagi menggantikan kereta berkuasa petrol dan disel.

Namun sebelum anda terbulu-bulu membeli kereta elketrik, apa kata kita bincang dulu kelemahan teknologi ini. Bukan apa, bila dah terima kelemaahan baru kita boleh terima kebaikan kereta elektrik.

1. Buat masa ini, kereta elektrik dengan jarak paling jauh boleh dipandu dengan sekali cas ialah Tesla Model S dengan jarak maksima 600km bagi setiap pengecasan penuh. Kereta ini dijual dengan harga RM 413,000 dengan nilai RM. Sebagai perbandingan kereta berkuasa petrol milik penulis berupaya dipandu (telah diuji) dengan jarak 680km bagi setiap isian penuh dan ia hanya berharga sekitar RM 70,000 sahaja

2. Tesla dan Porsche memerlukan sekitar 30 min untuk pengecasan 80% penuh. Namun pengecasan yang efisyen memerlukan anda mengecas selama beberapa jam. Walaupun terdapat kemajuan industri dalam usaha mempercepatkan proses mengecas bateri, anda hanya memerlukan lebih kurang 5 minit saja untuk mengisi setangki penuh petrol atau disel dalam kereta. Kalau EX5 tue, sekali bersin dah penuh.

3. Tak semua tempat rehat mempunyai tempat pengecasan. Kalau ada pun ia akan diparkir oleh pemandu kereta yang kurang sivik dan kurang kasih sayang sewaktu kecil. Jadi anda perlu merancang perjalanan anda agar anda tak tersadai di kawasan terpencil seperti Kuala Berang atau Kodiang. Dan tahukan anda proses pengecasan bateri dipengaruhi oleh suhu persekitaran dan juga keadaan cuaca.

4. Disebabkan faktor faktor di atas, kereta elektrik lebih sesuai untuk digunakan di kawasan bandar dengan jarak perjalan yang dekat serta memiliki kemudahan pengecasan yang banyak. Kalau bateri habis pun boleh panggil khidmat seru pandu.

5. Proses penghasilan bateri ion Lithium untuk kegunaan kereta elektrik tidaklah mesra alam sangat. Tambahan pula bateri ini tidak boleh dikitar semula apabila tamat jangka hayat. Buat masa sekarang pihak industri belum menjumpai lagi proses kitar semula bateri Lithium

6. Proses penghasilan kuasa elektrik di sesetengah negara masih lagi bergantung pada pembakaran arang batu dan juga sistem jana kuasa berasaskan bahan api fosil. Sekiranya proses penghasilan elektrik menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan hidroelektrik, barulah penggunaan kereta elektrik benar benar memberi kesan positif

7. Harga sebuah kereta elektrik di Malaysia masih lagi mahal dan tidak banyak pilihan. Buat masa sekarang Nissan Leaf dijual pada harga RM 188,888. Sebagai perbandingan anda boleh membeli sebuah sedan segmen A berkuasa petrol yang cekap tenaga pada harga RM 35,000 sahaja

Mazda CX30

8. Tanpa mengira jenis dan model kereta elektrik, purata kos servis kereta ini lebih mahal daripada biasa sekiranya ia memerlukan proses baik pulih. Disebabkan kereta ini menggunakan voltan tinggi, juruteknik perlu memakai alat keselamatan khas bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik. Dalam kes kebakaran pula, ia perlu menggunakan pemadam api khas disebabkan logam bateri akan terbakar pada suhu yang tinggi.

9. Pernahkah anda mengusung bateri 12 volt yang ada pada kereta biasa? Mesti terasa berat kan. Walaupun kemajuan teknologi menjadikan bateri semakin ringan, namun kereta elektrik masih lagi berat berbanding dengan kereta biasa. Tesla Model X datang dengan bateri seberat 450kg pasti akan memberi kesan pada penggunaan tayar dan tenaga untuk menggerakkan kereta

10. Di kampung penulis yang bersalji, masalah lain pula timbul iaitu bateri mengalami kehilangan kuasa pada suhu terlampau sejuk. Sesetengah pemilik melaporkan kereta elektrik mereka kehilangan jarak pemanduan maksimum dan dalam keadaan ekstrem, ia gagal untuk berfungsi. Menjadi masalah sekiranya pemilik mengalami situasi kecemasan dan perlu ke hospital dengan segera.

11. Tidak dapat dinafikan sesetengah kereta elektrik sport mampu memcut dengan pantas dan dipandu laju. Malah pengacara The Grand Tour pun pernah mengalami kemalangan dengan kereta super Rimac Concept 1. Namun bagi kereta elektrik biasa seperti Golf E halaju maksima adalah sekitar 160km/h sahaja.

12. Salah satu sebab kereta elektrik mampu dipandu jauh didalam bandar ialah proses brek regeneratif yang mampu mengecas semula bateri ketika kereta membrek. Ia sangat sesuai digunakan dalam pemanduan bandar. namun bagi perjalanan di lebuh raya, jarang sangat pemandu dapat melakukan brek regenratif melainkan kereta dapat dicas semula ketika menuruni bukit. Bagi perjalanan jarak jauh, kereta ini kemungkinan hanya boleh dipandu kurang 50% daripada jarak yang diiklankan.

13. Satu lagi masalah dengan bateri ialah apabila dipandu dengan beban yang berat pada halaju yang tinggi, ia akan mudah kehilangan tenaga kerana lebih banyak tenaga diperlukan dari bateri. Masalah ini sama dengan kereta berkuasa petrol ataupun disel, namun kandungan tenaga dalam seliter bahan api fosil jauh lebih tinggi. Jika dipandu laju dengan beban yang tinggi, jarak perjalanan akan menjadi pendek.

14. Setakat ini pada pandangan peribari penulis, hanya Mazda MX-30 iaitu sebuah crossover yang memiliki kuasa elektrik memiliki bentuk yang paling menarik. Satu lagi rekaan kereta elektrik yang cun melecun ialah Mustang Mach E. Manakala rekaan kereta elektrik lain datang dengan rekaan terlalu futuristik dan hanya sesuai untuk dipandu oleh Alien atau Predator dengan mata laser berwarna hijau.

15. Disebabkan harga, skala ekonomi yang kecil dan kurang fasiliti yang disediakan, kereta elektrik ini hanya popular di Eropah, Amerika dan beberapa negara maju sahaja. Di negara dunia ketiga, mereka masih lagi bergantung pada kereta yang dikuasakan oleh bahan api fosil.

Tags
Google ads
Back to top button