BuletinModifikasiMotosikal

HONDA CITY SLICKER SUPER CUB TAMPIL DI SEMA 2019

Honda Super Cub adalah motosikal paling laris di dunia dengan jumlah yang sudah melebihi 100 juta unit. Motosikal ini pada asalnya dibina ringkas untuk pelbagai kegunaan di Jepun.

Ciptaan Honda itu kemudian dijual di banyak buah pasaran baik di negara membangun atau maju. Honda Cub adalah motosikal legenda di peringkat dunia sama seperti di negara kita.

Honda Cub begitu popular sehinggakan pengeluar lain turut menjadikannya sebagai inspirasi dengan mengeluarkan model masing-masing.

Pada 2018 Honda mengeluarkan semula Super Cub dengan rekabentuk mirip model asal dan memberikan alternatif tulen kepada peminat yang merindukannya.

Honda Super Cub 125 ditawarkan di negara kita pada Januari 2019 dan harganya berada di dalam segmen premium iaitu RM13,999.

Harga yang tinggi tersebut tidak menghalang peminat dari memilikinya dan menarik perhatian apabila terserempak di atas jalan raya.

Sebelum keluarnya Honda Super Cub 125, para peminat di serata dunia menjadikan model klasik sebagai bahan projek.

Jika projek restorasi sudah menjadi kelaziman, ubahsuai dengan badan togel dan tayar besar pula menjadikannya luar biasa.

Lebih luar biasa apabila Honda C70 dipasangkan enjin XR600R dan dihadiahkan kepada pengunjung bertuah festival Art of Speed pada tahun 2018.

Satu bukti motosikal itu popular hingga ke luar negara ialah melalui projek City Slicker Super Cub yang dibina oleh Steady Garage.

Suatu yang mengujakan apabila motosikal itu dipertontonkan pada SEMA 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Mud guard dan bahagian belakang motosikal ini dipotong dan nampak lebih kompak. Suspensi depan pula menggunakan komponen aftermarket yang direka untuk Honda Ruckus.

Hub yang diubahsuai digunakan bagi memegang rim three-piece untuk bahagian depan dan belakang.

Motosikal ini dilayangkan cat berwarna hijau dua tona dan off-white oleh Midnight Garage/Advance Auto Group. Kerusi pula dibuat semula oleh Rogelio’s Auto Upholstery.

Akhir sekali, motosikal ini dipasangkan ekzos Yoshimura Magnum GP untuk bunyi yang dalam dan garang.

BACA: HONDA SUPER CUB – DICIPTA BERDASARKAN MI SOBA JEPUN!

BACA: ENJIN F1 HONDA TERBARU ADA KAITAN DENGAN ENJIN PESAWAT

BACA: KENALI C30A. ENJIN LAGENDA HONDA NSX!

Tags
Google ads
Back to top button