BuletinMotosikal

HONDA GROM (MSX) JDM ADA WARNA BAHARU YANG CUN!

Tidak hanya menumpukan pada segmen massa seperti moped dan skuter, Honda turut mempunyai barisan motosikal gaya hidup seperti Monkey 125 dan Grom/MSX 125SF.

Peminat tempatan tidak perlu mengidamkannya atau cemburu dengan negara luar kerana kedua-dua model itu ada dijual di dalam negara.

Selain pasaran tempatan, Monkey dan Grom (MSX) semestinya dijual di pasaran Jepun.

Terbaru Honda Jepun memperkenalkan dua warna baharu dengan gayaan unik dan vibran dan bakal dilancarkan pada 13 Mac depan.

Dua warna tersebut datang dengan tema sporti Ross White dan berani Matt Axis Gray Metallic.

Selain itu, Honda turut bermain dengan warna hitam bagi menonjolkan imej ‘tegas’ pada roda depan dan belakang, penutup kanan enjin dan spring suspensi belakang. Angkup brek diwarnakan merah.

Honda MSX125SF 2018 pasaran tempatan

Grom Ross White tampil sporti dan menyerlah dengan penutup sisi dan cowl belakang berwarna merah. Model berwarna Matt Axis Gray Metallic pula tampak mewah dan classy dalam warna kelabu dan emas.

Dari segi spesifikasi teknikal, Grom dibekalkan enjin JC75E 124cc OHC sejukan udara dengan kuasa 9.8 PS pada 7,000 rpm dan tork 11 Nm pada 5,250 rpm.

Enjin itu menggunakan suntikan bahan api elektronik PGM-FI dengan penggunaan minyak 62.7 km/L. Kapasiti tangki minyak ialah 5.7 liter. Berat motosikal pula 104 kg.

Satu lagi keistimewaan Grom ialah penyerap hentak teleskopik dengan fork terbalik atau up side down.

Di Jepun Honda Grom boleh dimiliki pada harga JPY363,000 (RM14,150) dengan sasaran jualan sebanyak 1,500 unit.’

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button