Buletin

10 FAKTA LEXUS UX

1. UX membawa maksud Urban Xplorer dimana ia diposisikan sebagai crossover paling kecil dalam keluarga Lexus dibawah NX. Berbeza dengan crossover lain, Lexus menekankan pusat graviti yang rendah bagi model UX bagi menghasilkan pemanduan dan pengendalian yang bagus. Lexus kata UX adalah sebuah coupe dalam bentuk crossover

2. UX adalah model pertama Lexus yang menggunakan cesi Toyota New Global Architecture C Platform di mana cesi yang sama digunakan untuk model CH-R dan juga Corolla Altis. Ketegaran cesi ini telah dipertingkatkan termasuklah penggunaan sistem suspensi double wishbone pada roda belakang.

3. UX menggunakan enjin 2000cc dengan teknologi VVT-iE pada injap kemasukan dan VVT-i. Seperti biasa amat jarang Toyota dan Lexus menawarkan enjin turbo dalam barisan model mereka. Enjin ini menghasilkan 169 kuasa kuda pada 6600 RPM dan 205Nm tork pada 4800 RPM. Enjin ini turut menerima teknologi terkini seperti sistem suntikan berkembar D4S (suntikan terus dan EFI) serta nisbah mampatan ditetapkan pada 13:1.

Kecekapan terma enjin M20A-FKS ini mencapai 40% dan ia merupakan enjin terbaru dalam keluarga enjin Toyota Dynamic Force. Halaju maksima ditetapkan pada 190km/j atas tujuan keselamatan.

4. Unit transmisi yang dibekalkan ialah Direct Shift CVT yang menggabungkan teknologi CVT dengan gear mekanikal yang akan digunakan sewaktu memulakan perjalanan. Transmisi ini berupaya menghasilkan 10 ratio maya pada varian F Sport. Kesemua kuasa enjin akan dihantar pada roda depan yang mampu melakukan pecutan 0-100km/j dalam masa 9.2 saat.

5. Lampu depan dikuasakan dengan teknologi LED dan juga Adaptive Blade Scan. Sistem ini akan diintegrasikan dengan sensor yang akan mengesan kawasan gelap, kereta dari arah hadapan dan juga pejalan kaki yang akan memberikan pilihan cahaya pada kawasan yang diperlukan sahaja. Ia juga bertindak menghalang cahaya silau daripada terkena pemandu dari arah hadapan.

2018.02.20

6. Paparan meter utama menggunakan rekaan meter sama seperti coupe sport LFA. Namun pemandu juga boleh mengaktifkan sistem Head Up Display yang akan memancarkan cahaya terus kepada cermin hadapan bagi memberikan fokus kepada pemandu.

7. Dari aspek keselamatan, UX juga tidak kalah kerana hadir bersama Pre-Collision System (brek automatik), Lane Tracing Assist yang diintegrasikan dengan Dynamic Radar Cruise Control akan memastikan UX sentiasa berada di tengah lorong dengan pembetulan secara automatik, 8 beg keselamatan udara, Sistem Amaran Titik Buta serta Sistem Amaran Lintasan Belakang.

Sebagai tambahan UX turut dibekalkan dengan sustem Active Cornering Assist yang akan melawan understeer jika pemandu tersilap menekan pedal minyak ketika di pertengahan selekoh.

Mazda CX30

8. Khas untuk varian F Sport, ia dilengkapkan dengan sistem suspensi Adaptive Variable Suspension. Sistem ini berupaya menukar kekerasan sistem penyerap hentak pada bahagian depan dan belakang UX. Ketika melalui jalan tidak rata, penyerap hentak akan mengurangkan kekerasan bagi menyerap permukaan jalan yang tidak rata. Ketika melalui selekoh tajam, penyerap hentak akan menjadi keras bagi membolehkan kawalan cesi yang lebih baik dilakukan.

9. Satu perkara yang boleh dipuji oleh Lexus ialah rekaan dan material yang digunakan pada ruangan kabin. Bagi varian Luxury, balutan kulit kusyen dibuat berdasarkan corak perhiasan Shashiko, satu teknik hiasan yang digunakan secara meluas semasa zaman Edo. Teknik ini banyak digunakan pada pakaian uniform seni bela diri.

10. Terdapat 3 varian yang ditawarkan namun menggunakan enjin 2000cc M20A-FKS yang sama. Apa yang berbeza ialah kemasan, aksesori tambahan serta ciri-ciri tambahan yang mewah. Varian UX 200 Urban datang dengan tanda harga RM 243,888, varian UX 200 Luxury ditawarkan pada harga RM 283,888 dan varian paling mahal F Sport berharga RM 299,888.

Google ads
Back to top button