Buletin

HONDA HENTI JUALAN KERETA DIESEL DI EROPAH MULAI 2021. GANTI DENGAN HIBRID & EV

Honda dilapor akan menghentikan sepenuhnya kenderaan dengan enjin diesel di pasaran Eropah mulai tahun 2021.

Garis panduan emisi dan pemintaan yang terus menurun terhadap kereta diesel menjadi sebab utama Honda mengambil langkah berkenaan. 

Pengeluar kenderaan itu seballiknya akan fokus kepada kereta hirid atau EV. Contoh terbaharu, CR-V ditawarkan dengan varian hibrid bagi menggantikan model diesel. Sementara Jazz pula hanya akan ditawarkan dalam varian hibrid sahaja di sana. 

Pada asalnya, Honda mahu 66 peratus kenderaannya ialah hibrid atau EV menjelang tahun 2025. Tetapi ia terpaksa diubah berikuta pandangan daripada orang awam.

Sasarannya kini dilihat selar  dengan apa yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah di mana emisi karbon dioksida secara puratanya dikurangkan kepada 95 gram bagi setiap kilometer.  

Selain tidak lagi menawarkan enjin diesel secara berperingkat, Honda juga bakal mengurangkan variasi model sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025 dan memotong kos pengeluaran sehingga 10 peratus di seluruh dunia.

Penjimatan yang diperoleh daripada proses penstrukturan semula ini akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Honda bukanlah pengeluar pertama yang mengumumkan peralihan daripada diesel kepada kenderaan elekrtifikasi. Volvo sebelum ini melancarkan generasi terakhir enjin dieselnya yang dijangka berada di pasaran selama enam tahun. 

Google ads
Back to top button