Motosikal

JENTERA M1 YAMAHA MASIH BELUM SETARAF DENGAN HONDA, DUCATI

Sesi ujian di litar Misano sememangnya medan penting untuk mengetahui sjeauh mana keupayaan jentera bagi bersaing di musim MotoGP 2020.

Ia juga kritikal buat para pelumba untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu atau hanya sebagai persiapan mengharungi saingan di sana dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Selepas ujian tersebut, pelumba pasukan Yamaha, Maverick Vinales menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan komponen-komponen yang dipasang pada jentera Yamaha M1 2020.

“Motosikal ini tidak meletakkan kami setaraf dengan pasukan Ducati dan Honda. Rossi juga mempunyai pandangan yang sama. Saya tidak banyak terlibat dengan menguji komponen untuk tahun depan.

“Sebaliknya, saya lebih fokus kepada perlumbaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya tahu litar ini panas dan jentera selalu gelincir. Justeru, kami telah melakukan beberapa bentuk penambahbaikan untuk menangani masalah cuaca panas ini. Saya harapkan lebih lagi.

“Saya membuat banyak pusingan menggunakan tayar keras kerana tayar lembut sudah cukup bagus. Saya juga menjalani sesi ujian di mesin simulasi dan catatan masanya agak baik. Jadi, saya rasa lebih yakin sekarang.

Ditanya apakah isu utama yang dihadapi dengan M1 selain daripada cuaca panas, Vinales menyatakan kelemahan utamanya sepanjang tahun ini ialah ketika hendak memulakan perlumbaan.

“Saya hilang banyak kelebihan sebelum ini, terutama di litar Silverstone. Sebab itulah saya hanya dapat tempat ketiga. Tetapi sekarang saya yakin boleh memulakan perlumbaan dengan lebih baik,” katanya lagi.

Google ads
Back to top button